AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

NOSTALGIA TUAN PFORDTEN (Prakata)

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.
Anjang kenal dengan Ayah Abd Rahim Pfordten melalui majalah keluaran Al-Arqam rasanya Al-Munir keluaran 80’an. Ketika itu anjang bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Muar. Suatu hari Cikgu Lukisan beri tajuk bebas untuk melukis. Anjang yang sedang dapat ‘angin dakwah dan kesedaran’ melalui majalah yang Abg Akub (abang sulung anjang) kirim teringat gambar Ustaz Arqam yang hansome, Ustaz Abd Rahim Pfordten lalu anjang lukis gambar beliau dengan meniru gambar di muka depan majalah lalu menjadi tanda tanya kepada semua dalam kelas termasuk guru subjek lukisan itu, gambar siapa yang dilukis? Kenalah anjang terangkan serba sedikit tentang ayah Rahim dari maklumat yang anjang baca. Setelah berpuluh tahun barulah anjang dapat maklumat dan sejarah keturunan ayah Rahim yang lengkap penuh pengajaran dari anak beliau, Dato’ Lokman Hakim Pfordten CEO GISBH. Cerita atas tajuk NOSTALGIA TUAN PFORDTEN ini berkenan sejarah bapa kepada ayah Abdul Rahim ini, Anjang akan siarkan di Blog AM secara bersiri InsyaAllah. Selamat membaca. Mohon maaf, anjang tak sempat edit ejaan dan kongsi teks asal tanpa perubahan.

NOSTALGIA TUAN PFORDTEN.

 PRAKATA

    Ku mulai coretan kisah ini dengan menyebut nama Tuhanku Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang untuk menjadi kenangan buat kalian yang di dalam dirinya mengalir sesudu darah tuan Pfordten.

    Kenangan ini tidak lain melainkan agar dapat melahirkan rasa kesyukuran yang amat sangat dihati kita kehadhrat Allah Pencipta dan Pemilik semesta alam serta yang berkuasa penuh keatas segala2nya yang nyata dan yang ghaib kerana telah menganugerahkan agama Islam kepada tuan Pfordten, lantaran itu kita keturunannya telah dilahir kan dalam beragama Islam, agama tunggal yang Allah Redho. Pada hal tuan Pfordten dilahirkan dalam keluarga Kristian Koptik yakni tok nenek moyangnya semua beragama Nasrani (Kristian). Ayahnya. bermazhab Katholik dan ibunya bermazhab Protestan yang kedua2nya berpegang teguh dengan agama Nasrani. Betapa tidak, andaikata Allah swt tidak berikan hidayahNya kepada tuan Pfordten kemungkinan besarlah kita telah dilahirkan diluar Islam. Waliazubillahumin zaalik. Terima kasih wahai Tuhan.

  Dari itu marilah kita pelihara sungguh2 keIslaman kita. Suburkan lah keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah. Sesunhguhnya tuan Pfordten sangat bimbang kalau2 ada keturunannya yang terpengruh dengan agama Kristian. Dia pernah menyatakan yang dia tidak setuju anak cucunya berpelajaran tinggi kemudian menjawat jawatan tinggi dan akhirnya hidup dengan gaya orang barat. Bersosial, bergaul bebas, berparty, berdancing-dansa, teguk alkohol, tak kesah agama, tak sembahyang, berbuat maksiat dan berlagak angkuh kerana dizaman muda nya banyak yang berlaku demikian. Dan ini terbukti ada beberapa orang Inggeris seangkatan nya yang memeluk Islam, anak cucu mereka telah menjauhi kehidupan Islam kerana kejahilan ilmu agama.

   Aku dan abangku Ahmad pernah kesekolah convent tetapi sebulan lepas itu diberhentikan bila tuan Pfordten dapat tahu yang setiap menjelang waktu akan balik sekolah disuruh memegang kitab Bible dan di talqinkan syahadah Kristian dengan ungkapan “The Father, The Son and The Holy Spirit.” Kami tak tahu apa pun pada ketika itu. Berikutnya tiga orang sister Convent datang kerumah memujuk tuan Pfordten supaya hantar kami semula kesekolah dengan janji tidak akan mengajar agama Kristian kepada kami dua beradik. Tapi tuan Pfordten bertegas dengan katanya “Tak apa saya boleh ajar sendiri dirumah.” Pada masa itu belum ada sekolah Melayu di Cemeron Highlands.

    Sejak itu tuan Pfordten bersama beberapa orang kawan telah mengemukakan rayuan pada pihak berkuasa supaya mengadakan sekolah Melayu. Pada 7 September, 1949 tertubuhlah sebuah sekolah Melayu dengan seramai 34 orang murid berbagai peringkat umur. Aku berumur 9tahun dan abangku Ahmad berumur 10 tahun belajar dalam darjah satu. Tuan Pfordten perintah kan kami dua beradik memakai songkok kesekolah supaya tidak di sangka sebagai anak Serani. Guru pertama disekolah itu Cikgu Wahid bin Ghia orang Batu Talam, Raub.

    Disuatu ketika bila sudah dewasa aku bertanya kepada tuan Pfordten “How did you feel when you were a Kristian?” Jawab tuan Pfordten “I have never been a Kristian.” Ertinya dia tidak percaya pada agama Krisatian dan tercari2 agama sebenar disisi Allah.

 Kisah ini aku tulis mengikut apa yang aku dengar dan aku ingat. Kalau ada fakta yang tidak tepat sila kalian betulkan. Wallahu a’alam.

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *