NOSTALGIA KEEMPAT (Kekejaman Pemerintahan Tentera Jepun)
NOSTALGIA KEEMPAT
(Kekejaman Pemerintahan Tentera Jepun)
Selama hampir empat tahun tentera Jepun memerintah diTanah Melayu berbagai kekejaman yang telah mereka lakukan terhadap rakyat negara ini terutamanya terhadap orang2 China yang memang sudah menjadi musuh tradisi Jepun sejak zaman maharaja Mikado Meiji merajai Jepun lagi.
Semua orang Eropah yang mendiami Tanah Melayu dijadikan tawanan perang dan di kurung dalam kem tahanan diSingapura. Kaum wanita dan anak2 mereka yang tinggal dimerata pelusuk Tanah Melayu ditawan dan di hantar ke kem tahanan di Singapura. Perjalanan mereka begitu sukar. Kerap kali dipaksa berjalan kaki berbatu2 dalam terik matahari, lapar dan dahaga serta tangisan anak2 mereka dan esakan-tangis para ibu. Suasana ini dapat ditonton dalam sebuah film yang dilakunkan semula berjodol “The Town Like Alice”.
Kaum lelaki yang masih muda dihantar menjadi boroh paksaan membina ‘Landasan Kereta api Maut’ sepanjang 480 batu menghubungkan negara Thailand dengan Negara Burma. Jumlah boroh paksaan ini dari kalangan orang Eropah dan warga Tanah Melayu dari bangsa Melayu, China dan India berjumlah seramai 75,000 orang. Bila tamat perang dan Jepun menyerah kalah setelah memerintah Tanah Melayu selama tiga tahun lapan bulan, boroh2 paksaan ini yang selamat kembali ke Tanah Melayu hanya seramai 35,000 orang. Yang seramai 40,000 lagi telah mati dalam penyiksaan disana, akibat dipukul balun, kekurangan makanan dan diserang berbagai2 jenis penyakit tanpa rawatan.
Tawanan yang sudah tua dan wanitanya yang dikurung didalam kem2 tahanan diSingapura dipaksa berkebun sayur untuk jadi makanan tentera Jepun dan tawanan tidak diberi makan sayur. Mereka curi2 makan sayur mentah ketika bekerja dikebun. Kalau diketahui oleh para pengawal teruklah mereka dikerjakan. Naiklah penampar dan sepak terjang. Astaghfirullah hal azim. Kejamnya. Langsung tak ada peri kemanusiaan.
Tawanan lelaki dan wanitnya di asingkan dan tak dibenarkan suami- isteri bertemu, begitu juga diantara ayah dengan anak2 mereka. Cuma pada hari Ahad suami isteri dibenar kan bertemu sekejap, itupun tanpa dapat bertentang mata satu sama lain kerana dipisahkan oleh tembok yang tingginya hapus kepala. Hanya boleh berckap2 dan menyentuh jari masing2 diatas tembok. Kalau ada yang cuba memanjat tembok untuk bertentang mata dengan isteri yang sangat dirindui itu siaplah penyiksaan yang akan di terima dari para pengawal. Bayangkanlah bagaimana tersikanya jiwa mereka menanggung derita se umpama itu hampir empat tahun. Betul2 neraka dunia.
Tuan Pfordten dikurung dipenjara Changi. Isterinya Cik Jam tercinta yang tuan pfordten memanggilnya dengan nama ‘Bedah’ kerana kata tuan Pfordten dia ada membaca kesah Siti Zubaidah seorang wanita solehah yang sangat penyabar orangnya dan dia meingimpikan dapat memiliki seorang isteri solehah sesabar Siti Zubaidah. Dan begitu juga tiga orang puteranya tersayang yang masih kecil2: Ahmad baru 3tahun, Rahim 1tahun 6bulan lebih2 lagi Salleh baru 6 bulan. Sedang menyusu dan sedang gebu dan sedap dipeluk, ditinggalkan di kampung Raja Cemeron Highlands secara mendadak, tanpa sempat mengucapkan selamat tinggal dan tanpa pelukan mesra. Entah boleh berjumpa lagi, entahkan tidak dan tanpa bekalan wang. Wang simpanan tuan Pfordten di Hongkong Bank Tanah Rata pun sudah tidak dapat diambil lagi. Tidak ada saudara-mara yang akan membantu. Nak hantar surat pun tidak mungkin. Nak berhubung telefon pun tak ada. Tuan Pfordten ada meninggalkan pesanan melalui seorang India tetapi entah mengapa pesanan itu tidak sampai. Wallahu a’alam. Entah apa masalah yang dihadapi oleh orang India itu. Untuk balik kerumah sekejapa nak berjumpa anak isteri memang tak dibenarkan. Capt. Bloxham dah memberi amaran.”Perintah berundur ini dari pihak atasan untuk dilakukan serta merta, siapa2 yang cuba engkar dan cuba lari akan dihukum tembak sebab ini dalam suasana perang.”
Dalam kem tahanan para tawanan diberi makan hanya dua kali sehari. Iaitu nasi sebesar penumbuk berlaukkan tiga ekor ikan bilis. Gula adalah dibekalkan sekadarnya tanpa susu. Ramai yang jatuh sakit oleh kekurangan zat makanan. Tuan Pfordten mengidap penyakit biri-biri, iaitu bengkak2 kaki. Pernah mereka bercadang nak masak siput babi untuk dijadikan lauk tapi tak jadi kerana dikhutiri beracun.
Rakyat Tanah Melayu orang Melayu, Cina dan india yang mengalu2kan kedatangan Jepun memerintah Tanah Melayu yang konon nya sebagai bapak kandung bagi menggantikan British yang dah dicap sebagai bapak tiri lebih teruk menerima kekejaman tentera Jepun. Semasa tentera Jepun lalu ditempat masing2 dalam perjalanan memburu tentera British, tentera Jepun merampas apa saja yang mereka mahu. Basikal dah tentu. Beras, barang2 makanan dan apa saja.
Diantara mereka ada yang dikenali oleh penduduk tempatan kerana Jepun ini pernah menjadi tukang gambar atau tukang gunting atau peniaga2 kecil ditempat mereka satu masa dulu tapi bila disapa tentera itu buat tak kenal dan tak pandai cakap Melayu
Setelah tentera Jepun ambil alih pemerintahan lebih2 lagi mereka menjadi bertambah kejam. Orang yang cuba melawan Jepun akan ditangkap dan dikurung dalam bilik tahanan dikem mereka dan disiksa setiap hari dengan berbagai penyiksaan. Dilempang, disepak terajang, dipalu dengan batang besi, dicabut kuku dan gigi hidup2. Di tanya “Ada lawan sama Nipon?” Kalau dikata tidak akan disiksa lagi sampai pengsan baru dihentikan. Dihantar semula ke bilik kurungan. Bila dah agak lega setelah beberapa hari direhatkan dan dalam keadaan lebam disana sini, disoal siasat semula dan ditanya lagi “Ada lawan sama Nipon?”” Bila dijawab “tidak” akan dimulakan lagi penyiksaan sampai pengsan. Setelah beberapa kali kena ulang penyiksaan begitu, masih tak mau mengaku ya, akan dipam air sabun masuk kedalam perut melalui kerongkong, bila dah buncit dibaringkan, diletak papan atas perut dan di naiki serta diinjak2 hingga memancut air melalui mulut dan hidung. Bila sampai keperingkat ini tak ada siapa yang dapat bertahan lagi. Dia memilih untuk dibunuh mati saja. Bila ditanya “Ada lawan sama Nipon?” Orang itu akan menjawab “Ya”. Maka tentera Jepun itu akan berkata “Atama kiri, potong kapara.” Tangkapan ini akan dibawa berlutut dan tunduk ditepi lubang yang telah di gali oleh orang2 tangkapan sendiri dan dipancung kepalanya kemudian di tendang masuk kedalam lubang itu lalu disuruh tangkapan lain kambus lubang tersebut.
Kem merka dipagar dengan papan tegak setinggi enam kaki. Ada pengawal berdiri dipintu masuk ke kem tersebut. Tentera Jepun bersenjatakan selaras senapang yang dipasang bayonet dimuncungnya dan tergantung pedang panjang dipinggang yang meleret ketanah. Siapa yang lalu di depan pengawal itu mesti tunduk roko’ memberi hormat, andai tidak akan dipanggil “Nanda bagero” mari sini bodoh. Bila sampai didepannya akan dilempang kiri kanan dan di rembat kaki hingga jatuh tekangkang, dan dipijak. Kemudian disuruh bangun, tunduk roko’ dan ucapkan “Arigato”, terima kasih.
Biasalah dua tiga orang tentera Jepun ini merayau masuk kampung mencari anak dara orang kampung terutama gadis bangsa Cina, dirampas dan dibawa ke kem mereka untuk di ‘ratah’ oleh tentera mereka secara bergilir dengan rakusanya. Dalam Masa merampas itu kalau ada yang berani menghalang akan dibelasah. Kalau tentera itu dibunuh akan datang rombongan tentera mereka memerentah kan seluruh penduduk kampung itu masauk kedalam rumah kemudian rumah2 itu dibakar. Saiapa yang lari keluar akan dihujani peluru. Jadi orang yang ada anak dara akan segera dikahwinkan atau berpindah tinggal dalam hutan.
Paling tidak tentera Jepun ini masuk kampung nak minum air kelapa muda. Disuruhnya orang kampung panjat. Kalau tak ada tukang panjat disuruhnya tebang pokok kelapa tersebut.
Beras orang kampung dirampas untuk makanan tentera Jepun. Orang kampung disuruh tanam ubi kayu untuk menggantikan nasi.
Kekejaman yang melampau tentera Jepun itu lahir atas dua keadaan. Pertama yang sangat kejam itu bukan tentera yang berbangsa Jepun tetapi tentera yang berbangsa Manchuria. Lama sebelum Jepun bertindak melancar kan perang untuk menakluk Asia mereka telah menjajah wilayah Manchuria dinegara Cina. DiMancuria tentera Jepun telah memperkosa wanita2nya hingga melahirkan anak dan anak2 luar nikah ini diambil dan dipelihara serta diasuh ala tentera secara kejam untuk membentuk jiwa mereka menjadi manusia kejam yang tidak ada rasa belas-kasaihan dan peri kemanusiaan. Mereka jadi berwatak haiwan pemangsa yang berwajah manusia. Faktur keduanya mereka dikhayalkan setiap hari dengan sejenis dadah yang menjadikan mereka ganas dan tak berperi kemanusiaan.
Sebab itu kita dapati pegawai2 tentera Jepun ini baik orangnya kerana mereka berbangsa Jepun. Berbagai2 lagi kekejaman yang mereka lakukan terutama terhadap bngsa Cina dan para wanitanya. Allahu Akbar.
- https://www anjangmuor com/2021/08/14/26475/ (179)