NOSTALGIA KETIGA (Penaklukan Jepun keatas Tanah Melayu)
NOSTALGIA KETIGA
(Penaklukan Jepun keatas Tanah Melayu).
Sebenarnya cita2 dan perancangan Jepun nak menakluk Asia sudah lama berjalan. Sekaligus dengan cita2 dan perancangan German nak menakluk Eropah.
Jepun berdendam dengan British dan Amerika yang telah berpakat memboikot dan menyekat perkembang- an ekonomi Jepun dan persediaan Jepun untuk melancarkan peperangan untuk menakluk tenggara Asia dan Ausatralia memang telah di ketahui lama sebelum Jepun bertindak tetapi British dan US bersikap angkuh dan merasakan mereka kuat dan dengan mudah mereka dapat mematahkan serangan Jepun.
Malahan Jepun telah menghantar pasukan inteligen nya membuat kajian strategi serta menyuntik semangat ‘amikaze’ Jepun iaitu Asia untuk orang Asia dan Barat harus diusir keuar dari Tanah Melayu dan Indonesia dan dengan berbagai2 janji manis untuk kesenangan anak watan. Mereka menyamar diri selaku tukang2 gambar, tukang gunting dan peniaga2 kecil yang bertebaran kesegenap ceruk rantau Tanah Melayu dan Indonesia. Mereka menguasai bahasa Melayu dengan baik maka hasutan mereka telah berjaya meracuni penduduk kedua negara ini dengan membenci Barat yang dicap sebagai bapak tiri dan menunggu kedatangan ayah sebenar iaitu Jepun.
Berikutnya Jepun telah membina base angkatan perangnya di Saigon dan Thailand telah buat perjanjian menerima penjajahan Jepun keatas negaranya dan memberi laluan untuk Jepun masuk ke Tanah Melayu melalui negara nya.
Pada 6/12/1941 tentera darat Jepun telah masuk ke Tanah Melayu melalui negeri Perlis dan pada 8/12/1941 tentera laut Jepun masuk melalui negeri Kelantan. Maka berlakulah pertempuran sengit diantara tentera Jepun dengan tentera British, Australia dan tentera upahan pasukan Punjab dari India.
Tentera Jepun terus menghimpit dipantai barat dan pantai Timur. Ramai tentera British dan sekutunya terbunuh dan terpaksa berundur ke selatan meninggalkan pengkalan2 tenteranya. Dibarat Tanah Melayu British telah meninggal kan pengkalan di Sungai Petani, Alor Star, Butterworth, Pulau Pinang, Ipoh, Kampar, Slim River. Pasaukan tentera British dari Cemeron highlands yang disertai oleh tuan Pfordten dan dari Tapah yang telah bertapak diTanjung Malim telah turut berundur bersama pasaukan dari utara tanah air berundur ke Kuala Lumpur. Mereka bertarung hebat diGemenchih dimana 600 orang tentera Jepun terbunuh berhadapan dengan tentera Australia. Di Parit Sulung British kalah teruk hingga Leftenan Col. Anderson mengarahkan tenteranya melarikan diri melalui hutan, paya dan kebun getah. Seramai 133 orang tentera British telah ditawan oleh tentera Jepun dan disaiksa dengan seteruk2nya dan akhir nya British berundur sampai ke Johor Bharu.
Disebelah timur begitu juga tentera Jepun mengasak tentera British berundur keselatan meninggalkan base2 mereka yang diambil alih oleh tentera Jepun. Dua buah kapal perang British yang kebal dan di bangga2 kan: HMS Prince of Wales dan HMS Repulse telah ditenggelam kan di perairan Kuantan. Setelah direjam dengan beberapa banyak bom tak memberi kesan akhirnya pilot berani mati Jepun yang membawa sarat bom dalam dua buah kapal terbang telah menjunam masuk melalui seronbong asap kedua2 kapal perang British itu dan ledakan bom dalam perut kedua buah kapal itu telah menenggelam kannya. Tentera Jepun memang nikad untuk mati yang mereka yaqin dapat syahid dan terus kesyurga. Akhirnya pasukan tentera British sebelah timur Tanah Melayu juga berundur sampai keJohor Bharu.
Pada 31/1/1942 tentera British telah berundur masuk ke Singapura dimana terletak Ibu Pejabat dan kem pentadbiran tentera British disebelah timur. Sejak itu Jepun mula membuat serangan udara keatas Singapura selama dua minggu siang dan malam. Banyak banguan yang musnah dan tentera British serta orang awan terbunuh. Tangki2 bekalan minyak diPulau Bukum di Selatan Singapura telah dibom oleh Jepun dan kebakaran minyak berlaku di permukaan laut selama tiga hari tiga malam.
👍