NOSTALGIA KEDELAPAN (Tawanan dan rakyat Tanah Melayu bebas dari cengkaman Jepun).
NOSTALGIA KEDELAPAN
(Tawanan dan rakyat Tanah Melayu bebas dari cengkaman Jepun).
Bila Jepun menyerah kalah, seluruh rakyat tanah jajahannya terpinga2 macam bangun dari sebuah mimpi yang ngeri.
Tuan pfordten dan kawan2nya di penjara Changi termamai bila tiba2 pengawal Jepun sudah tidak berkawal malah tidak mempedulikan mereka. Termangu2 beberapa hari tak tahu nak bertindak macam mana. Sebenarnya mereka sudah tahu tentang perancangan Amerika nak serang Jepun dengan bom atom itu kerana mereka ada dapat satu set radio yang dah rosak tapi telah berjaya dibaiki oleh seorang jurutera letronik dalam tahanan itu dan mereka dapat mendengar berita dari radio itu tentang perancangan Amerika itu. Entah bagaimana pihak Jepun dapat tahu tentang radio itu lalu digeledah dan dijumpai radio tersebut. Jurutera itu disaeret pergi dan kemudian balik semula ke tempat tahanan denagan keadaan badannya lunyai kena belasah. Namun tidak pula mereka sangka sampai Jepun akan menyerah kalah sedang kan mereka telah berkuasa.
Tahanan dipenjara Changi akhir nya bertindak keluar meninggalkan tempat tahanan mereka. Tuan Pfordten macam kumbang putus tali, meluru mencari jalan untuk balik ke Cameron Highlands mencari anak isteri yang telah terpisah hampir empat tahun. Sesampai ke Cameron Highlands beliau dapat tahu yang mak 'Bedah' dan anak2 nya sudah balik keBagan Dalam, lalu meluru pulak ke Bagan dalam. Didapati pula mak 'Bedah' nya sudah di miliki oleh orang lain. Tapi mujur mak 'Bedah' cerdik juga orangnya walaupun buta huruf dapat mencerita kan apa yang berlaku dan tentang pak Kassim yang telah berjanji nak lepaskan mak 'Bedah', takdirnya tuan Pfordten masih hidup dan pulang lagi.
Dengan nasihat kaum keluarga, pak Kassaim melepaskan Chek Jam atau 'Mak Bedah' dengan berat hati. Lepas itu tuan Pfordten balik semula ke Cameron Highlands dan kemudian datang pulak ambil mak Jam dan aku, Ahmad abangku dan Meah anak pak Kassim. Ketika tuan Pfordten bertemu pak Kassim kata tuan Pfordten "Kassim dah bela anak2 saya dekat empat tahun, sekarang benarkan pulak saya mebela anak Kassim." Tuan2 rekalah sendiri apakan perasaan yang bergelombang dalam hati mereka ketika itu. Aku terasa sebak ni.
Mak jam senyum dalam tangisan. Senyum kerana rasa berterima kasih yang pak Kassim rela melepasa kannya. Menangis kerana anaknya Salleh tak dapat dibawa bersama. Kami bertolak ke Cameron highlands dengan menaiki lori kecil yang dipandu oleh Wong Man. Kami ada bawa tilam sekali. Jadi aku yang duduk di bahagian belakang, berbaring lah di atas tilam