NOSTALGIA KEENAM (Hikmah disebalik kegawatan hidup dengan kedatangan Jepun).
NOSTALGIA KEENAM
(Hikmah disebalik kegawatan hidup dengan kedatangan Jepun).
Tuan pfordten berada dalam tahanan Jepun selama hampir empat tahun setelah berjihad menentang musuh negara dan musuh Allah yang tak bertuhankan Allah dan kejam sesama manusia itu. Tuan Pfordten masuk tahanan itu seolah-olah masuk belajar ke sebuah madrasah pengajian Islam. Betapa tidak, Allah takdirkan di sebelah katilnya dalam tahanan itu adalah mufti Pahang, Syeikh Abdul Rahim. Seorang bangsa Mesir yang perawakannya macam orang Putih, jadi dia ditangkap oleh jepun kerana disangka orang Putih.
Maka tuan Pfordten pun bergurulah dengannya selama didalam tahanan itu. Subhanallah!!! Seperti yang telah diceritakan tuan Pfordten memeluk Islam ketika berumur 51 tahun. Berkahwin dengan mak Jam yang walaupun taat bersembahyang dan puasa tetapi buta huruf, hafal sifat 20 tapi manalah dia tahu nak mengajar orang terutama suami. Tuan Pfordten pula sibuk bekerja dan saban malam asyik kena layan tuan besarnya bersembang dan menemannya teguk 'Tiger Bear' lepas sebotol,sebotol. Sedangkan tuan Pfordten sudah tinggalkan itu semua sejak memeluk Islam. Kemudian tuan besar itu bengkeng dan marah2 pulak tu.
Selama dalam tempuh mualaf tak tahan berpuasa. Tapi Alhamdulillah dia mula berpuasa penuh sejak masuk tahanan Jepun. Tuan sheikh Rahim mengajar lah dia mengenal Allah yang sebenar melalui mengenal sifatnya mengikut keterangan al Quran dan Hadith. Mengaji fekah: tatacara ibadah dan halal haram serta sirah nabi dan sejarah lslam malah sedikit2 belajar bahasa Arab dan bahasa al Quran. Orang tahanan dapat bekalan tembakau dan gula. Tuan Syekh tak makan gula kerana mengidap kencing manis tapi tagih sedut tembakau hidung. Tuan pfordten dah bertaubat dari tagih tembakau tapi suka manis. Jadi mereka bertukar supply.
Sayang sekali segala nota pengajian Tuan Pfordten yang sebeban itu telah aku bakar tanpa menyemaknya pun setelah tuan Pfordten meninggal dunia. Dan selepas tahanan itu tuan Pfordten telah khatam membaca al Quran tejemahan dalam bahasa Inggeris. Alhandulillah.
Sebelum memeluk islam lagi tuan Pfordten sudah menyelidiki perbezaan diantara aqidah Islam dengan kepercayaan Kristian dan merasai kepercayaan Kristian itu tidak benar dan tak dapat di terima akal sedangkan aqidah Islam itu sangat cocok dengan hati kecilnya dan dapat diterima oleh logik akal:
Pertama tentang 'Original sin'. Agama Kristian mempercayai bahawa setiap manusaia yang dilahirkan kemuka bumi dalam keadaan dicemari dosa iaitu menanggung dosa tok Adam dan tok Hawa yang melanggar perintah tuhan dengan memakan buah larangan Tuhan didalam syurga. Untuk membersihkan dosa itu si anak itu wajib di 'beptis' atau diKristiankan oleh seorang holyman (padri) yang bertaraf wali, yang mertabatnya hampir kepada Tuhan. Sedangkan aqidah Islam mengajar kita bahawa setiap anak yang terluncur kemuka bumi ini suci bersih ibarat kain putih. Tetapi bila saudah akil baligh dan sudah boleh berfikir dan membezakan apa yang benar apa yang salah namun ia memilih yang salah dan meninggal kan yang benar. Membuat tegahan Tuhan dan sebaliknya meninggal kan suruhan Tuhan. Berbuat apa yang tak disetujui oleh fitrah murninya umpama berzina. Siapa yang suka ibunya dizina orang, adiknya, kakaknya atau isterinya dizina orang tetapi mengapa dia tergamak berzina sedangkan perempuan yang di zina nya itu adalah ibu atau isteri atau adik atau kakak seseorang yang tak suka malah marah dengan perbuatan itu. Tuhan melarang perbuatan itu, berdosa dan akan dihukum dengan saiksaan didalam neraka. Kiaskanlah dengan perbuatan lain. Jadi Islam yang melarang keras perbuatan zina itu sangat lojik akal dan saesuai dengan fitrah murni manusia.
Kedua: Agama Krisatian mengajar (Confessaion) yakni andikata seseorang itu terlanjur melakukan larangan Tuhan dan ingin minta ampun dan bertaubat diatas kesalahannya itu hendaklah ia pergi mengadap Padri dan buat pengakuan kepada padri itu tentang perbuatan dosanya itu dan membuat bayaran tebus dosa kepada padri itu maka padri itu akan berkata "Aku ampunkan kamu bagi pihak tuhan" maka terampun lah dosa orang itu. Itu tak dapat diterima akal kerana padri pun terdedah kepada perbuatan dosa. Bacalah kesah, beberapa ramai padri yang melakukan jenayah sex dan mengukut kekayaan peribadi dengan harta wakaf orang ramai. Sedangkan Islam mengajar apabila seseorang itu terlanjur berbuat dosa, dilarang dia menceritakan perbuatan dosanya kepada orang lain. Untuk bertaubat hendaklah dia merasa kesal diatas kesalahannya, tinggalkan perbuatan dosa itu dan berazam tidak akan mela lakukan lagi dan mintalah Allah ampunkan segala dosa dan kesalahannya itu. Allah itu Maha Pengampun dan Maha Menerima taubat. Kalau kesalahan itu melibatkan kesalahan terhadap orang lain hendaklah dia minta maaf kepada orang itu. Ini dapat di terima oleh lojik akal.
Ketiganya: Kristian mempercayai 'Three Unity' yakni Tuhan itu terdiri dari gabungan tiga unsur iaitu Tuhan ayah yakni Allah, Tuhan anak yakni nabi Isa dan Ruhul Quddus yakni malaikat Jibril. Ini adalah syiriq (menyengutukan tuhan) yang amat dilarang oleh Allah. Islam meyaqini Allah itu Maha Esa dan berkuasa penuh diatas segala2nya dengan sendirinya. Allah tidak ada rakan kongsi, selain Allah adalah makhluk ciptaannya yang wajib tunduk dan patuh sepatuh2nya kepadaNya. Isa hanyalah seorang manusia yang dilantik oleh Allah menjadi utusanNya bagi menyampaikan ajaran Allah kepada manusia. Ini dapat diterima akal dan selari dengan fitrah murni manusia, bertuhankan semata2 kepada Allah.
Keempat: Kitab injil asal yang di turunkan kepada nabi Isa a.s dalam bahasa Ibrani (Hebrew) sudah hilang dari muka bumi ini. Kitab Bible yang ada sekarang adalah kitab karangan manusia. Oleh St. Luke, St. Piter, St. John dan St. Mathews dan St. Barnabas yang sudah banyak penyelewengan nya dan berbeza pendapat. Lebih2 lagi setiap tahun padri besar (Pope) diVatican City, Rome mengistiharkan pindaan isi kandung bible itu, seolah2 firman tuhan sudah tidak sesuai dan tidak releven lagi dalam dunia serba maju ini. Sedangkan Islam berpegang kepada alQuran yang tetap terpelihara dalam bahasa Arab Kelasik, tak pernah berubah walaupun satu huruf. Ada puluhan ribu para hafaz Quran disepanjang zaman yang mengawal ketulinan suhuf al Quran itu. Yahudi cuba mencetak al Quran yang telah diselewengkan beberapa perkataan tetapi telah segera dapat di kesan dan dikumpul serta dimusnah kan Quran terbitan tesebut.
Hujah2 inilah menjadikan tuan Pfordten hilang kepercayaan terhadap agama Kristian dan memilih Islam sebagai agamanya. Alhamdulallah.
Selain dari itu dengan kedatangan Jepun orang Melayu bertukar watak dari pemalas menjadi rajin berusaha, dari jumud kepada progressif, menjadi lebih kuat mengkaji dan mengamalkan Islam. Tumbuh sifat keberanian nak menuntut kemerdekaan. Tertubuhnya pertubuhan 'Angkatan Pamuda Insaf' (API) iaitu pakatan menuntut kemerdekaan yang dilebal oleh British senagai kominis Melayu. Tertubuhnya party rakyat pimpinan dato' Onn bin Jaafar, ayah kepada Tun Husain Onn yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu hanya untuk orang Melayu tak boleh kongsi dengan bagsa lain. Bangsa lain hanya menumpang di negara ini. Terutubuhnya UMNO yang bergabung dengan MCA dan MIC menuntut kemerdekaan berkongsi dengan China dan India. Dan berbagai lagi. Wallah hu a'alam.