AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

NOSTALGIA KELIMA (Diantara peristiwa2 yang berlaku di sepanjang zaman Jepun dan masih basah dalam kenangan)

Kongsikan kepada yang lain
Share

NOSTALGIA KELIMA

(Diantara peristiwa2 yang berlaku di sepanjang zaman Jepun dan masih basah dalam kenangan):

Ada satu peristiwa berlaku yang di ceritakan oleh mak Jam iaitu disuatu hari ada beberapa orang  tentera Jepun datang menggeledah rumah nek Minah. Pada ketika itu kami berada di situ. Tentera Jepun itu nak ambil aku dan abangku Ahamd nak dibawa pergi kerana mereka rasakan ini anak orang Puteh yang dibela oleh orang Melayu tetapi berlaku kuasa Allah yang 'kun fayakun'. Pada ketika itu ada bersama kami sepupu mak Jam iaitu Yahya anak kepada toksu Daharah yang kami panggil bai puteh kerana dia berkulit putih. Dia telah tampil dengan sebilah parang dan berkata pada tentera Jepun itu "Ini anak saya. Saya tak benarkan sapa2 nak ambik mereka." Dengan takdir Allah tenterta Jepun itu tak jadi menangkap kami dan berlalu pergi. Oh, terima kasih Tuhan! Sejak itu kami tak dibenarkan keluar rumah dan diconteng arang selalu agar tak nampak macam anak orang Puteh.  

Kerap kali hidangan makan tengah hari dan malam adalah ubi kayu berlaukkan ikan masin yang diusahakan sendiri. Kulit ubi kayu juga dikeringkan dan digoreng dijadikan keropok untuk dimakan bersama nasi. Setiap rumah ada menanam ubi kayu dan daunnya dibuat sayur lemak. Kelapa mudah dapat kerana ada ditanam dimerata kampung sejak tok nenek dulu2 lagi. Ini merupakan hidangan istimewa. Ubi kayu juga kerap dicicah dengan kelapa parut yang digaul dengan garam. Sampai ke hari ini sekali sekala mengidam nak makan ubi kayu rebus ciciah kelapa parut dan ubi kayu goreng. Nyam! Nyam! Nasi dibuat moi makan dengan ikan kering.

Ada sejenis pokok tumbuh dipantai yang ada buah macam jari dinamakan buah berus. Buah ini dikikis kulitnya, di rebus dan dimakan dengan kelapa parut. Selepas musim Jepun orang dah tak makan buah berus ini kerana rasa nya kurang menarik tapi bolehlah dimakan untuk mengenyangkan perut yang digilis kelaparan.

Aku masih ingat pada lantai rumah ada dibuat pintu bila berbunyi sairen waktu malam dan jeritan 'padam lampu!' dari pengawal2 kampung maka lampu2 yang terdiri dari pelita minyak tanah pun dipadamkan dan pintu pada lantai dibuka dan seorang demi seorang turun melalui pintu tersebut dan terjun masuk kubu dalam tanah. Tak lama lepas itu akan terdengar kapal terbang berlegar2 dan kadang2 di ikuti oleh bunyi ledakan bom. Begitu hidup sentiasa diancam ketakutan sepanjang pemerintahan tentera Jepun.

Pada suatu hari aku dengan abangku tinggal berdua dirumah. Mak Jam kelaur kerana ada urusan dan dia berpesan berkali2 "Jangan keluar rumah. Jangan buka pintu, jangan buka tingkap." Tapi sepeninggalan mak Jam kami buka tingkap dan berdiri diambang tingkap itu kerana kami berasa lemas tinggal dalam gelap kerana tingkap bukan pakai cermin. Tiba2 kami nampak ada seorang  askar Jepun lalu lengkap dengan senjata. Kami pun mengacah askar itu dengan 'Oih! Oih!' Bila askar Jepun itu memandang, kami melambaikan tangan terhadap mereka. Bila mereka kelencong menuju kearah kami, kami tutup tingkap cepat2  dan kami mengintai dari celah rengangan tingkap, kami dapati askar itu berlalu pergi. Masya Allah kami bukan tahu perlakuan kami itu boleh mengundang bahaya, mungkin mengadai nyawa. Bila mak Jam balik kami ceritakan peristiwa itu kepadanya. Apa lagi, mengucap panjanglah mak Jam dan memarahi kami dan memberi tahu kami tentang bahaya nya perbuatan itu. Jangan buat dah dilain kali. Manalah budak2 berumur empat lima tahun macam kami  tahu itu semua. Ingatkan nak berseronok2 saja. Allahu Akbar!

 Disuatu malam waktu maghrib mak jam yang balik dari perigi kerana mandi dan berwudhu' tergesa2 memanggil2 kami suruh cepat2 buka pintu. Ada askar Jepun lalu katanya. Mula2 aku dan abangku takut nak buka pintu tapi bila mak Jam beria-ia memanggil dan mengetuk pintu dengan nada cemas, aku pun terdorong meluru kepintu dan membuka selaknya. Mak Jam masuk dan tergesa2 menutup pintu dan menyelakkannya semula.

Pada suatu hari ketika dirumah nek Minah ada seorang pegawi askar Jepun datang kerumah itu dibawa oleh seorang lelaki Melayu, mungkin kaki tangan yang bekerja dengan Jepun. Pegawai itu minta diurut kerana mungkin kakinya terseliuh. Tentulah lelaki Melayu itu yang beri tahu pegawai itu yang nek Minah pandai mengurut. Tengah berurut itu naik ke rumah seorang gadis anak jiran sebelah yang putih gebu. Lalu pegawai Jepun itu bertanyakan nama gadis itu. Bila diberi tahu namanya che' Puteh maka kata pegawai Jepun itu "Oh, che' Puteh manis macam gula".

Pada suatu hari yang lain aku dapati ramai orang kampung bergtong royong membina kubu tak jauh bersebelahan rumah nek Minah. Rangka kubu itu di bina dengan batang kelapa dan turap dengan tanah yang digali bersebelahan kubu tersebut yang akhirnya tempat yang digali untuk diambil tanah tersebut jadi kolam dan membiak di dalamnya ikan keli dan ikan bulan dapat ditangkap dan dijadikan lauk.

Berlaku satu peristiwa seorang askar Jepun merayau2 disekitar kampung kami dan bila ditiba di sebuah kedai runcit dia terlihat sebumbun cili api lalu dia mengambil sebiji cili itu lalu dibelek2. Ada seorang pamuda bernama Talib berkata kepada askar itu dengan berkata dan menunjuk isyarat bahawa buah itu sedap dimakan. Maka Jepun itu pun menyuap cili itu kemulutnya dan mengunyahnya. Apa lagi, berasaplah telinga Jepun itu dan mula naik berang nak dikerjakan abang Talib tu, tapi mujur abang Talib sempat melarikan diri dan menyorok tak dapat dicari oleh askar Jepun tersebut.

Disuatu hari yang lain lalu dihadapan rumah kami sebuah beca yang ditumpangi oleh seorang pamuda Melayu yang tersandar memejamkan mata dalam keadaan menahan sakit. Tukang beca itu mererangkan bahawa pamuda yang bernama Junid itu baru lepas dari disiksa dikem tahanan Jepun kerana ada orang kampung itu juga yang melapurkan kepada pihak Jepun kononnya Junid ini terlibat dengan pakatan nak melawan Jepun. Mujurlah ketua masayarakat dikampung itu berjaya meyaqinkan pihak Jepun yang abang Junid ini tak terlibat dengan kegiatan anti Jepun sebagai yang didakwa. Pada ketika itu bila ada krisis dalam masyarakat umpama berebut gadis yang nak dikahwini pun boleh difitnah dengan tuduhan melawan Jepun dan akan kena tindakan. Allahu Robbi!

Ada satu pristiwa besar berlaku pada suatu hari dikampung Bagan Dalam. Sebuah kapal perang Jepun telah berlabuh dipengkalan Perai yang terletak tak jauh dari kampung Bagan Dalam. Ramai tentera Jepun turun dari kapal tersebut dan datang kekampung kami. Mereka sainggah dimasjid untuk buang air, mandi-manda dan makan bekalan mereka serta baring2 dalam masjid tersebut. Dipercayai mereka membawa lauk babi dan mereka membasuh pinggan mangkuk diperigi masjid itu. Malahan setelah mereka pergi didapati ada Quran yang di koyak2 katanya mereka buat kesat buang air besar. Hal ini telah dilapur kan kepada tuan guru Haji Othman yang mengajar agama dan menjadi imam dimasjid itu. Orangnya memang wara' dan berakhlak serta disegani oleh seluruh penduduk kampung disitu. Bila beliau mendengar segala lapuran itu lalu dia berkata "Tak apa lah, teraserahlah kepada Allah. Kita nak boleh buat apa. Mereka itu sangat zalim." Beliau pun berwudhu' dan masuk ke bilik suluk dirumahnya. Selang tak berapa lama terdengar dentuman kuat dari pengkalan Perai. Tiba2 ada sekeping besi melayang dan terjatu ke perdu pokok kelapa diperkararangan masjid tersebut. Besi itu merah membara dan membakar perdu pokok kelapa tersebut. Kemudian nya sampai berita mengata kan yang kapal Jepun yang berlabuh dipengkalan Perai itu tiba2 meletup dan tenggelam. Sejak itu orang kampung itu menggelarkan 'Haji Othman Keramat' terhadap tuan guru tersebut.  

Disuatu hari dipenghujung musaim Jepun aku duduk diluar rumah dengan seorang kawan sebaya sambil makan belimbing batu cicah garam yang di bawa oleh Yusuf kawanku itu. Badan Yusuf ini dipenuhi kudis puru. Tiba2 lalu sebuah kapal terbang diruang udara diatas kepala kami. Lalu Usup berkata "Rahim tu pak hang dalam kapal terbang tu. Pak hang oghang putih." Aku lalu manafikan nya "Mana aku ada bapak macam tu. Bapak aku pak Kassim."

Itulah rentetannya tak lama lepas tersebar Jepun menyerah kalah,  aku digerak oleh mak Jam disuatu malam dan bila dah terjaga aku terlihat seorang manusia asing yang aneh pada pandanganku. Tak serupa macam orang2 Melayu yang aku biasa lihat di kelilingku. Abangku Ahmad berada diatas ribanya dan dia memanggil aku datang padanya. Aku terpinga2. Mak Jam berkata "Ini bapak."

Esoknya penduduk kampung Bagan Dalam mengerumuni rumah kami untuk melihat makhluk 'asing' ini.Selepas itu tuan Pfordten menghilang diri dan  dia datang lagi buat kali kedua tak berapa lama selepas itu. Kami bertemu dirumah nek Minah dan aku disuruh pegi ambil Sallah adikku dirumah toksu Daharah. Tuan Pfordten bagi aku duit seringgit. Aku pergi ke kedai dengan sepupuku Ismail membeli belon. Bila balik rumah dimarahi oleh mak Jam dan dia minta duit baki lebih beli belon. Ketika itu satu ringgit dah besar. Sebungkus nasi lemak hanya satu sen. Setengah sen malah suku sen pun boleh beli barang.

Nak malang, Salleh terjatuh tangga dan berdarah hidung. Permintaan mak Jam dan tuan Pfordten minta nak ambil balik Sallah tak di restui oleh tok Daharah dan mak Jam takut dengannya sebab dia garang. Tuan Pfordten minta nak ambil Rofeah dari pak Kassim dan direstui. Pak Kassim telah menceraikan mak Jam walaupun agak berat. Jadi untuk mengelakkan dia berubah fikiran maka keluarga cadangkan supaya mak Jam terus berpindah ke Cameron Highlands sementara lepas edah dan untuk berakad nikah semula dengan tuan Pfordten.

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *