AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

16 orang warga AS di Restoran Nur Malaysia, Amman

Kongsikan kepada yang lain
Share
Dua orang balik awal kerana ada urusan

16 orang warga AS di Restoran Nur Malaysia, Amman

Alhamdulillah dengan keberkatan bulan Muharram, Restoran Nur Malaysia Amman, Jordan telah menerima tempahan pada hari Jumaat 27hb Ogos daripada seorang pelanggan dari Malaysia yang telah lama menetap di AS untuk jamuan seramai 16 orang, beliau dan kawan-kawannya dengan cara banquet. Antara makanan pilihan mereka ialah:

Appetizer

Satay ayam     – 16 cucuk

Satay Daging  – 16 cucuk

Pulut panggang – 16 biji

Keropok Lekor  – 16 Biji

Main Course

Nasi Lemak rendang daging + sambal udang + sayur  – 16 set

Dessert

ABC                  – 16 set

Kuih Ketayap  – 16 biji

Alhamdulillah mereka gembira dengan layanan dan juadah yang dihidangkan di Restoran Nur Malaysia Amman, sekaligus mempromosi akhlak Islam dan negara Malaysia serta virasi makanannya kepada warga AS. Inilah dakwah yang penuh hikmah yang kita harapkan memberi kesan di hati-hati mereka. 

Di zaman Rasulullah dahulu, para sahabat berdakwah hingga ke negeri China dalam keadaan mereka tidak berbahasa China, rakyat China pula tidak boleh berbahasa Arab tetapi dengan sifat takwa yang terpancar pada akhlak dan keperibadian mereka telah berjaya membuka hati orang China menerima Islam. Inilah yang sedang diusahakan oleh GISBH di serata dunia dengan tag: Silaturrahim; Ziarah, Dakwah, Tijarah.

Moga Allah izinkan untuk semua staf GISBH berkhidmat dengan siapa sahaja tanpa mengira agama, bangsa dan negara untuk memperlihatkan akhlak Islam yang cantik agar ramai yang akan tertarik kepada agama Allah. Aamiin ya Rabb.

Restoran NM Mekah

9.04am, Ogos 28, 2021

Mereka gembira di NM Amman

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *