AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Restoran 2 tingkat rumah rakit AB dalam pembinaan

Kongsikan kepada yang lain
Share

Sesiapa yang pernah berkunjung ke Rumah Rakit Ikhwan, di Air Bentan tentu masih terkenang kenang keseronokan dan ketenangan bercuti sambil memancing di sana bersama keluarga dan rakan-rakan.

Ada penginapan yang selesa, ada restoran, siap boleh ‘BBQ’ lagi. Kena pulak cicah air asam. Fuhh. Mengimbau betul. Surau yang selesa dilengkapi penghawa dingin. Bilik-bilik yang luas.

Kini, mengambil ruang sempena PKP, atas panduan dari YDH Tuan Nik Hazani, Team Rumah Rakit Ikhwan terus melaksanakan kerja-kerja naik taraf. Yang terkini mereka sedang giat menyiapkan restoran dua tingkat! Canggih tu. Restoran 2 Tingkat atas air. Tak sabar nak tunggu.

Sesiapa yang pernah sampai ke Rumah Rakit Ikhwan, Air Bentan ni tolong share sikit gambar2 dalam komen. Mesti nak pergi lagi kan. Jom!

Kredit: FB RPU MARITIME

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *