MELAWAT WADI BERKAT DATO IBU HUDAIBIYAH
MELAWAT WADI BERKAT DATO IBU HUDAIBIYAH
Pagi ini Tuan Nasir dan para ALP ke Wadi di Hudaibiyah. Tuan Fadhil tak ikut kerana kurang sihat. Dato’ CEO pula tak ikut sebab ada program Dialog Dakwah Siri ke 13 bersama Prof Emiritus Dato’ Dr Mahmood Zuhdi Hj Abd Majid dengan tajuk Perimbangan antara Dakwah Ritual dan Dakwah Cara Hidup. Live di FB.
Ketika sampai di Wadi, Tuan Nasir mulakan dengan pusing kenderaan yang kami naiki keliling wadi dan minta dibersihkan keliling tembok wadi daripada besi-besi buruk dan kenderaan terpakai yang tersadai mencacatkan pemandangan. Besi-besi buruk itu minta dijual. Islam itu cantik dan indah, semua orang suka jika diamalkan.
Kemudian kami masuk ke kawasan dalam wadi dan Tuan Nasir menambah panduan-panduan lain agar seluruh wadi sentiasa kemas. Memang kita perlu selalu diingatkan. Yang paling baik, kita gunakan buku kecil untuk mencatit kerja-kerja yang patut diselesaikan. Bila siap diletakkan tanda. Kalau belum siap difollow up sentiasa, baru kita tahu apa kerja kita dalam perjuangan ini. Catit juga kerja orang lain untuk kita kongsikan dengannya. Yang paling penting Islam terbela.
Pak Asnan tunjukkan hasil projek permulaan mencambahkan taugeh kepada Tuan Nasir berdekatan pintu padang futsal yang telah diubah menjadi padang sasar memanah. Alhamdulillah ia menjadi dan akan dibaiki lagi.
Setelah melawat sebahagian besar kawasan wadi dan memberi panduan-panduan, kami semua memasuki kawasan surau yang berhawa dingin. RPU hidangkan air teh O, kopi O dan Rozel Ais, biskut dan kek pisang. RPU lelaki dah pandai buat kek pisang. Tuan Nasir cadangkan agar kek Pisang dijual di kafe. Wadi juga boleh ambil projek cucuk sate untuk stok jualan di kafe.
Di sini juga ditayangkan video 3D cadangan pembangunan di wadi kepada semua dan video HD seluruh kawasan wadi yang ditangkap menggunakan drone oleh seorang pengunjung. Di sini kalau terbang setinggi 120 meter di kawasan yang tak sensitif masih boleh lagi.
Kerjasama sesama kita akan mengeratkan kasih sayang dan memajukan perjalanan syarikat dalam memberi khidmat kepada seluruh lapisan masyarakat. Selesai mendengar laporan dan berbual secara tidak rasmi, kami bergerak ke Restoran Nur Malaysia Mekah meninggalkan Wadi. InsyaAllah datang lagi.
Restoran NM Mekah
10.28am, Sep 14, 2021
- https://www anjangmuor com/2021/09/14/melawat-wadi-berkat-dato-ibu-hudaibiyah/ (78)