Remaja Ketagih Seks, Fakta Yang Menakutkan
Remaja Ketagih Seks, Fakta Yang Menakutkan
Di dalam akhbar Harian Metro bertarikh 26hb September 2021 dengan tajuk ‘Fakta menakutkan’ ada pendedahan berkaitan ketagihan seks di kalangan remaja perempuan. Berikut adalah beberapa fakta penting dari berita tersebut:
- 9 daripada 10 remaja perempuan bermasalah yang ditemu bual mengaku ketagih seks walaupun menyedari perkara itu melanggar moral dan berdosa di sisi agama.
- Golongan remaja yang pertama kali terjerumus melakukan hubungan seks bebas sudah mula ketagih untuk mengulanginya lagi.
- Lebih membimbangkan apabila mereka ini membabitkan remaja berusia belasan tahun. Ramai antaranya berusia 16 tahun ke bawah.
- “Kajian mendapati kebanyakan mereka ini mempunyai tahap keinginan seks yang tinggi.”
- “Pada awal tahun ini sahaja, pasukan D11 sudah menerima dua kes membabitkan remaja perempuan yang menawar khidmat seks. Mereka ini melakukan hubungan seks bagi tujuan kepuasan dan keseronokan sendiri.
- “Ada satu kes itu, remaja terbabit sudah menawarkan khidmat itu kepada enam pelanggannya, malah ketika ditemu bual mereka memberitahu sudah mula ketagih untuk melakukannya.
- “Lebih memburukkan keadaan apabila ahli keluarga tidak mengetahui kegiatan luar dilakukan anak mereka ini. Mereka mempercayai bulat-bulat anak mereka,”
- Perbuatan ini sukar dibendung berikutan ibu bapa tidak memantau pergerakan anak perempuan masing-masing menyebabkan mereka berani melakukannya.
- “Mereka ini tiada ejen sebaliknya menggunakan media sosial untuk mencari pelanggan. Mereka sanggup menawarkan diri serendah RM50 untuk melakukan hubungan terlarang itu.
- “Wang bukanlah perkara utama mereka, namun kepuasan dapat melakukan hubungan seks lebih menjadi keutamaan,”
Kajian ini dijalankan oleh Pegawai Psikologi D11, Polis Diraja Malaysia (PDRM)
berkaitan isu ini membabitkan ribuan golongan remaja wanita yang terbabit dalam kes rogol atau disiasat mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.
Sebenarnya ini semua adalah umpama hasil atau buah dari apa yang kita tanam. Ia bukan terjadi dengan sendirinya tanpa sebab dan punca. Ia adalah akibat dari perbuatan kita sendiri. Apa yang kita lakukan, inilah hasilnya. Tak mungkin kita tanam lalang kita harap padi yang tumbuh.
Firman Allah:
ظَهَرَ الۡفَسَادُ فِى الۡبَرِّ وَالۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ اَيۡدِى النَّاسِ لِيُذِيۡقَهُمۡ بَعۡضَ الَّذِىۡ عَمِلُوۡا لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُوۡنَ
Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia itu sendiri, kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).
Ar-Rum: 41
Antara punca utama ianya berlaku bilamana makan minum minum tidak dijaga halal dan haramnya. Ramai yang beri makan anak isteri dari sumber yang jelas haram atau yang tidak jelas, maka ia dikira syubhat. Ertinya haram pada usahanya. Contohnya kontraktor dapatkan projek dengan cara rasuah. Pejawat awam pula menerima rasuah atau menteri menerima rasuah dari Taikun bisnes untuk menangkan tander projek lalu memberi makan anak dan isteri dari sumber ini. Maka dari sumber haram seperti inilah yang menggelapkan hati kita, anak cucu kita. Hati yang gelap inilah yang membuatkan seseorang merasa seronok dengan maksiat, walaupun tahu ia dilarang agama.
Antara lain lagi adalah apabila tidak ada penguatkuasaan dari pihak berwajib, malah mereka sendiri terlibat dengan rasuah, berlakulah kartel daging haram di tengah masyarakat selama beberapa dekad. Akhirnya seluruh masyarakat Islam kita makan makanan yang haram dan syubhat. Ertinya benda itu sendiri haram atau syubhat. Kesannya ada pada sikap dan perangai kita yang susah menerima kebenaran. Tidak takut Tuhan dan melanggar perintah Allah.
Sabda Nabi SAW:
إِنَّ الْحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لاَ يَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ،
“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak.
Di hujung hadis itu ada dikaitkan makanan dengan pembentukan hati nurani.
Lihatlah pula bekalan ayam di tengah masyarakat, berapa peratus dari tangan umat Islam di seluruh rantaiannya dari ayam parent, anak-anak ayam, makanan ayam hinggakan penyembelihan dan pengagihannya di tengah masyarakat? Majoritinya dari bukan Islam yang tiada jaminan halal walaupun mendapat sijil halal.
Ramai di antara kita baru sahaja menonton video kilang belacan di Pulau Pinang yang menyediakan belacan tanpa menjaga soal kesucian. Kilang Cina menggunakan nama Islam dan cop halal palsu. Selagi orang Melayu Islam tidak maksimumkan perusahaan makanan untuk Fardhu Kifayah, selamanyalah kita terhina memakan makanan yang bernajis yang merosakkan hati dan roh kita.
Di tambah lagi dengan pergaulan bebas dalam masyarakat yang bermula di rumah lagi. Tak diasingkan tidur anak kecil (yang dah mula faham dan meniru) dengan mak ayah. Begitu juga di antara adik beradik lelaki perempuan. Malah sesama sepupu sepapat, ipar duai bergaul macam adik beradik walhal mereka bukan mahram. Adat yang menyalahi syariat inilah antara punca kerosakan dalam pergaulan.
Kerosakan di rumah bersambung pula di sekolah dengan pergaulan bebas lelaki perempuan. Diajar belajar bersama-sama kononnya. Akhirnya ikut hasutan syaitan. Bercinta-cinta monyet. Menunjuk-nunjuk cantik di alam persekolahan, sedangkan di umur remajalah nafsu sedang membuak-buak. Ia bukan sahaja tidak dikawal malah disuburkan dengan kegiatan sukan dan hiburan. Pendidikan yang sepatutnya mendekatkan hamba kepada Tuhan dan Syariat-Nya telah menjadi pusat menyuburkan nafsu dan mazmumah.
Selepas itu, apabila pelajar dan remaja memperolehi telefon bimbit, sebenarnya kerosakan sudah tidak boleh dikawal lagi. Ketika itu dosa umpama telah berada di tapak tangan. Dunia tanpa sempadan itulah yang membawa semua kita lebih-lebih lagi para remaja ke dunia maksiat tanpa had.
Bila kita terleka, inilah buahnya. Inilah hasilnya. Ini buah dari penyakit masyarakat yang telah kita senaraikan tadi malah ada lebih banyak lagi. Inilah buahnya. Tapi kita dah terhantuk baru nak tergadah. Malah ada yang masih belum rasa bersalah dan merasakan masyarakat Islam kita masih ok.
Baiklah, mari kita lihat dari sudut pegangan agama pula. Sebenarnya pegangan agama di tengah masyarat telah lama terhakis. Buktinya, lihatlah peratusan mereka yang mati akibat bunuh diri di musim covid ini, 60% adalah dari kalangan orang Islam. Malah ada yang bunuh diri itu bilal atau muazzin yang mengajak orang bersembahyang. Zina yang kita fokuskan dalam berita ini adalah kerosakan yang besar tapi bunuh diri jauh lebih besar kerosakannya. Semasa saya kecil, yang bunuh diri ini hampir semua bukan orang Melayu Islam.
Kembali kepada isu ketagihan seks dan bahan lucah, ia bukan masalah remaja 16 tahun sahaja, sama sahaja berlaku kepada semua golongan. Oleh kerana risiko pada perempuan yang bawah umur orang nampak ia isu besar sedangkan ramai lelaki terlibat. Cuba tengok hasil covid 2 tahun, siapa juara yang melayari internet lucah? Orang Melayu, orang Islam, yang dikurung yang dikuarantin itulah. Siapa lagi? Apa mereka buat? Tambahan pula kerajaan memberi kemudahan internet murah.
Kerosakan bermula dari rumah tangga lagi. Sabda Nabi SAW:
ما من مولود إلا يولد على الفطرة، فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه
Tidak ada seorang bayi pun yang dilahirkan kecuali dilahirkan dalam fitrah yang suci murni maka kedua ibu bapanyalah yang meyahudikannya atau menasranikannya atau memajusikannya…
Ada malah selalu berlaku, demi untuk membebaskan dirinya, cuci tangan, tak mau anak-anak menganggunya, lebih-lebih lagi ketika sedang sangat sibuk, maka ibu bapa memberi hp dan gajet kepada anak-anak mereka. Bagi itu, bagi ini, kecil-kecil ramai yang dah ada hp. Apa ada dalam Hp? semua kita mengetahuinya. Bila keluarga telah rosak, ia memberi kesan kepada masyarakat.
Bila kerosakan di tengah masyarakat berpanjangan, sekolah-olah kita tak bagi ubat kepada masyarakat. Ahli-ahli agama sepatutnya mengambil kesempatan untuk mendidik, mengasuh, memberi faham kepada masyarakat maksud Allah melalui musibah wabak yang berlaku. Malangnya ini tidak berlaku. Kalau adapun terlalu sedikit. Kita masih berleka-leka.
Wakil-wakil rakyat, pemimpin telah terlepas pandang atau tidak bertanggung jawab. Ertinya kita telah fokus kepada perkara lain. Iaitu kepentingan dunia kita, hal peribadi kita. Apa yang kita perhatikan, yang berjawatan, patutnya bertindak sesuai dengan jawatan yang disandang, malangnya mereka tidak bertindak. Sedangkan memang betul-betul tugasnya, dia patut bertanggung jawab tetapi dia tak bertanggung jawab.
Mana pengerusi dan imam masjid yang patutnya bertanggung jawab dengan ahli kariah mereka? Mana Tok Empat yang patut menjaga kebajikan roh orang-orang kampung? Hasil kita leka inilah berlaku kebocoran dalam masyarakat. Padahal setiap Jumaat diingatkan dalam khutbah agar bertakwa, tapi tiada hasil. Padahal Allah telah bagi jalan, kita yang leka dgn Tuhan.
Sebab apa leka dengan Allah? Hati dah gelap hitam. Macam-macam kemungkaran dengan Tuhan dah masuk. Hati dah gelap, bila dah gelap, semua melantun, apa kebenaran pun tak boleh terima. Walaupun tahu dan akur itu kebenaran, tapi tak mampu untuk amalkan. Dosa dan maksiat juga yang dibuat.
Seperti yang kita sebut, antara sebabnya ialah makan minum barang yang haram dan syubhat. Hati yang keras itu mendorong anggota lahir yang tidak takut Tuhan maka ia tak berjaga-jaga. Mata tak jaga daripada maksiat. Begitu juga telinga, lidah, tangan, kaki, perut dan kemaluan. Di tambah fikiran yang sentiasa berkhayal dengan kemaksiatan.
Oleh kerana masing-masing semua telah tidak bertanggung jawab, Allah tunjukkan sesuatu, last sekali Allah tunjuk dengan datangnya covid-19. Hakikatnya kita tidak hidup bermasyarakat walau nampak dalam satu masyarakat kerana berlaku, jiran dah mati, mayat dah busuk baru tahu. Kalau hidup bermasyarakat sudah tentu sentiasa tahu dan ambil tahu mengenai jiran tetangganya.
Sebenarnya bukan isu remaja perempuan ini sahaja yang kita takutkan, terlalu banyak lagi perkara yang kita kena takutkan dan bimbangkan dalam masyarakat kita cuma ia tidak dibongkarkan.
Hari ini, mana ada program TV dan aktiviti kehidupan yang benar-benar mendidik? Memberi tunjuk ajar yang sesuai dengan jiwa para remaja. Mengadakan hiburan alternatif untuk mereka. Mewujudkan aktiviti yang bebas dari maksiat dan kemungkaran. Sebenarnya sebelum remaja dibetulkan, orang-orang dewasa, para ibu bapa, ulama dan pemimpin kena membaiki diri dahulu dan menjadi contoh barulah generasi muda dapat kita pulihkan.
Vila GISBH Mekah
11.55pm, Okt 25, 2021