AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Sidi Asyraf dan Keluarga Meraikan Tuan Nasir & Rombongan

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Apa khabar semua? Anjang harap semuanya sihat lahir dan roh. Alhamdulillah meriah sambutan Ulangtahun ke 21 PPI BCH disambut merata tempat dalam GISBH. Di Mekah, kami menyambutnya dengan menunaikan umrah beramai-ramai diketuai oleh Tuan Nik Hazani dan Tuan Ahmad Anuar. Sedikit sedutannya boleh ditonton di sini

Video tawaf di Kaabah

Kali ini anjang nak kongsi video kemeriahan Sidi Asyraf dan keluarga di Mesir menyambut kedatangan Tuan Nasir dan rombongan ke rumahnya.

Video di rumah Sidi Asyraf

Tuan Nasir perkenalkan konsep Silaturrahim Ziarah-Dakwah-Tijarah dalam GISBH. Sebab itu ke mana sahaja kami pergi, Tuan Nasir ajak kami bina silaturrahim.

Di Mesir, Sidi Asyraf dan keluarga adalah kenalan rapat Tuan Nasir. Mereka sangat merindui Tuan Nasir kerana selama covid-19 ini telah 2 tahun Tuan Nasir tidak ke Mesir. Oleh itu bila Tuan Nasir ke Mesir baru-baru ini, Sidi Asyraf dan keluarga sangat meraikan dengan mereka berkumpul satu keluarga, menyiapkan jamuan besar-besaran dan bergembira menyambut Tuan Nasir.

Mustafa dan Muhammad, anak Sidi Asyraf bermanja-manja dengan Tuan Nasir seperti bapa mereka sendiri, malah Sidi Asyraf sendiri sangat gembira sambil memakai kupiah Ikhwan sepanjang majlis.

Begitulah bila asas ikatan adalah hati yang ingin cinta Allah dan rindu Nabi, walaupun berlainan bangsa dan negara tapi ikatan ukhuwah sangat kuat terasa.

Moga hubungan ini berkekalan dunia akhirat dan memberi kekuatan kepada Islam dan umatnya. Aamiin ya Allah.

Vila GISBH Mekah

11.40pm, Okt 31, 2021

Video Tuan Nasir di GISBH Mesir

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *