AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Tuan Nasir Meninjau Nelayan Pantai Ajman U.A.E.

Kongsikan kepada yang lain
Share


Tuan Nasir Meninjau Nelayan Pantai Ajman U.A.E.

Salam ceria.

Semalam Tuan Nasir ajak kami ke Pasar Sarjah. Pasar Sarjah terkenal kerana kita bukan sahaja dapat membeli ikan dan hasil laut yang segar, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan tetapi daya tarikannya lagi ia sangat bersih, kering, tersusun dan teratur. 

Setiap kali ke Dubai, Tuan Nasir pasti akan singgah ke Pasar Sarjah bila ada kesempatan. Di sini kita boleh mengenal keadaan pelbagai golongan dalam masyarakat juga hasil mahsul negara dan produk import. Juga membeli hasil laut yang segar-segar.

Sebelum ke pasar, Tuan Nasir ajak kami ke Pantai Ajman. Ajman ni salah satu negeri dalam U.A.E. Seperti juga Sarjah.  U.A.E. ada 7 negeri termasuk Dubai dan Abu Dhabi. Kami ke Pantai Ajman untuk melihat aktiviti nelayan pantai memukat ikan. Tak jauh mana dari vila GISBH Sarjah dalam 30 minit je.

Sampai di kawasan pantai kami lihat sign board AL-ARQAM. Rupanya Al-Arqam tak diharamkan di sini. Hehehe. Signbod tu kepunyaan syarikat pembinaan. Kebetulan namanya sama dengan Al-Arqam.

Di sepanjang pantai kami lihat deretan caravan parking menghala ke pantai. Rupanya budaya orang sini, di hari cuti, Hari Jumaat seperti ini mereka bawa keluarga rehlah di tepi pantai dengan caravan masing-masing. Pekerja India pula kami lihat terdapat banyak kelompok bermain kriket di padang pasir yang telah diratakqn. Kami pula pergi tengok nelayan.

RPU Dubai telah ada kenalan di kalangan nelayan tersebut. Mereka akan beri pada kami ikan-ikan yang mereka tidak makan secara percuma atau bayaran yang murah. Antara ikan yang mereka tak makan ialah ikan pari, talang dan kacang. Ikan lain pula kami boleh beli juga dengan harga yang lebih murah dari di pasar. Paling penting ikannya fresh!

Peralatan mereka ialah bot, pukat, tali dan kenderaan 4WD.

Kali ini kami dapat banyak ikan segar tetapi terlepas seekor ikan pari yang sangat besar. Korang tengok la di video. Anjang nak siap-siap musafir lagi. Naik flight macam naik teksi tu betul-betul berlaku. Malah kami dah lama tak naik teksi. Selalunya ada kenderaan GISBH yang tolong ambil.

Tonton video sampai habis. Subscribe, like, komen dan share. Anjang doakan semua direzekikan ziarah ke Dubai.

Begitulah pemimpin GISBH mengajak kami mengenal masyarakat di semua peringkat hatta para nelayan bukan Islam di Pantai Ajman. Bergaul dengan mereka dan berkawan sambil berdakwah. Mana tahu hidayah masuk je hati mereka dan akhirnya mereka menjadi  saudara seagama dengan kami.

Vila GISBH Sarjah

10.13am, Nov 13, 2021

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *