Mentaliti Melayu yang perlu diubah
Mentaliti Melayu yang perlu diubah
Salam ceria.
Dulu kecik-kecik anjang pernah belajar hadis tentang sikap manusia. Mafhumnya, Rasulullah SAW pernah bersabda, jika seseorang mengatakan kepada kamu, gunung Uhud telah berubah, kau percayalah terus tak perlu melihatnya. Tapi jika sesorang mengatakan kepadamu, si polan telah berubah. Tengok dulu. Pastikan. Jangan terus percaya.
Macam tu la yang anjang faham mentaliti orang Melayu ni. Rata-rata macam tu la. Bukan semua. Susah sangat nak berubah. Perumpaman Rasulullah itu sangat jelas, gunung Uhud dari batu pejal tu pun dikira mudah berubah dari tempatnya dibanding manusia. Mentaliti dan jiwanya selalu tertutup akhirnya sikapnya tak berubah.
Contohnya dalam membangunkan projek Fardhu Kifayah seperti pasaraya, restoran, kafe, produk makanan halal dll, semuanya bukan tanggung jawab GISBH sahaja. Ia tanggung jawab semua orang Islam yang mukallaf di setiap tempat. Allah akan tanya semua kita nanti.
Dalam Islam, bank sebenar bukannya bank Islam itu, bank Islam ini tetapi bank dalam Islam ialah orang-orang kaya dalam masyarakatnya. Merekalah yang membiayai seluruh projek-projek untuk masyarakat Islam. Allah rezekikan kekayaan bukan untuk diri dan keluarga mereka tetapi untuk agamanya. Lihatlah sejarah Saiyidina Abu Bakar, Saiyidina Osman, Saiyidina Abdul Rahman Auf dll. Baru kita faham, dalam Islam tak ada Bank Islam, yang ada ‘bank-bank Islam’.
Orang Melayu Islam ramai yang anjang jumpa, berlakulah dialog di bawah:
- “Salam. Ustaz, saya mintak Ikhwan berniaga di tengah bandar KL… Saya nak support nak beli barang-barang basah.”
- “Tuan, bukalah pasaraya Ikhwan di Jerantut, sini ramai orang Melayu. Kami perlukan barang-barang halal.”
- “Bukalah Ikhwan Mart di tempat kami, mudah kami beli keperluan. Buy Muslim First!!”
Dan banyak lagi respon sebegini sedangkan di tempat yang sama ada ribuan orang Islam yang mempunyai simpanan peribad ribuan ringgit. Kaya peribadi tapi biarkan Islam terhina. Makanan minuman disediakan oleh bukan Islam yang tak kenal Allah. Sanggup diri hidup senang, tapi projek-projek fardhu Kifayah minta orang lain sediakan. Patutnya setiap tempat bergotong royong sama-sama membantu bangunkan.
GISBH ni cuba mencetuskan pelbagai projek Fardhu Kifayah supaya masyarakat faham dan sedar perlunya kita bangunkan semua usaha-usaha ini agar kita bebas dari dosa dan masyarakat Islam kelihatan mulia kerana mampu berdikari. Maksud cetuskan tu, lepas lihat GISBH buat, kita pakat-pakat lah bangunkan di tempat masing-masing. Kalau rasa tak mampu, bantu GISBH bangunkan. Tanya keperluan GISBH untuk sama-sama bangunkan. Apa yang boleh dibantu.
Oleh kerana banyak projek yang diusahakan dan semuanya penting kerana ada golongan dalam masyarakat yang disasarkan dalam setiap aktiviti yang dibuat, kita tak boleh sesuka hati mengatakan GISBH tak buat tumpuan di tempat kita.
Yang dah faham tu pakat-pakat bantulah. Sama-sama nak selamat dunia akhirat. Untuk angkat dosa Fardhu Kifayah. Kalau tak faham apa dosa tak buat Fardhu Kifayah, kena buat kelas khas pula. Kena mengaji la. Bila nak bangunkan fardu Kifayah ni, kena kerjasama, berkasih sayang, bersatu padu, bertolak ansur. Ikhwan cakap ni bukan teori tapi benda yang dah mendarah daging lebih 40 tahun. Tolonglah minta Allah fahamkan kalau memang kita susah nak faham.
Kafe Nur Malaysia di Pavilion Malaysia. Expo 2020 Dubai
10.00am, Dis 10, 2021