AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

3 ekor kuda Ikhwan Equestrian melepasi RTES ENDURANCE LADIES RIDE

Kongsikan kepada yang lain
Share

3 ekor kuda Ikhwan berjaya kali ini, satu gagal.

Salam ceria,

Satu pertandingan Endurance iaitu RTES Ladies Ride January 2022 telah diadakan di TIEP Lembah Bidong, Setiu, Terengganu dari 14-15.1.2022. Endurance ini kategori 40 KM. Ikhwan Equestrian menghantar 4 penyertaan.

Alhamdulillah 3 ekor kuda Ikhwan melepasi Endurance walaupun kali pertama RPUM dari Ikhwan Equestrian menyertainya dengan mendapat tempat ke 11, 12 dan 13 daripada 40 ekor kuda. Seekor kuda Ikhwan gagal melepasi peringkat 40 km ini apabila menduduki tempat ke 35. Terima kasih atas doa semua.

AM: 40km tu bukan dekat. Kalau anjang dah usia begini, tak tau la berapa km je larat. Sebenarnya tunggang kuda pun tak pandai. Kena ada orang guide. Takut jatuh. Tapi tengok remaja perempuan boleh ride sejauh tu… anjang tabik. Sebab setahu anjang, depa bukan banyak sangat dapat latihan. Berkattt…berkattt…

sila klik video

Gambar-gambar anjang ambil dari FB. Dengan menyertai sukan Endurance ini Muslimah Ikhwan berpeluang berdakwah dengan golongan ini bila ada peluang suatu masa nanti.

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *