AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Dulu Bangkok sekarang Krung Thep Maha Nakhon

Kongsikan kepada yang lain
Share

Dulu Bangkok, sekarang Krung Thep Maha Nakhon

Mari kita berkongsi sedikit maklumat dari Ustaz Maaruf tentang Thailand.

Sekarang nama rasmi ibu negara Thailand sudah ditukar kepada nama baru iaitu Krung Thep Maha Nakhon yg bermaksud bandar dewa2, ada setengahnya menterjemahkan bandar para malaikat
Sebenarnya nama baru ini diambil sebahagian dari nama penuh iaitu:
“Krung Thep Mahanakhon Amon Rattanakosin Mahinthara Ayuthaya Mahadilok Phop Noppharat Ratchathani Burirom Udomratchaniwet Mahasathan Amon Piman Awatan Sathit Sakkathattiya Witsanukam Prasit”

Itu adalah nama ibu kota yang terpanjang di dunia, menurut Guinness World Records.

Menurut Ustaz Maaruf, staf GISBH Thailand dulu Almarhum Ustaz Ashaari dan Tuan Nasiruddin Mohd Ali selalu sebut nama Krung Thep daripada sebut Bangkok, sekarang nama Krung Thep sudah mnjadi nama rasmi ibu negara Thailand.

Tuan Nasir ketika mengiringi Ustaz Ashaari berdakwah sekitar Bangkok

Bila ditanya, sebab apa dulu Almarhum Ustaz Ashaari dan Tuan Nasir selalu sebut nama Krung Thep, memang nama itu dah ada sejak dulu lagi?

Ustaz Maaruf respon, nama itu memang ada dari sejak dulu lagi tapi nama BANGKOK yg asalnya ditulis Bangkok, Bancoc, Bancok, Banckok, Bankoc, Banckock, Bangok, Bancocq, Bancock yg bermaksud bandar berlorong diberi nama oleh ketua padri kristian di Thailand.

Sila klik untuk tonton video. Jangan lupa subscribe, like, komen dan share. Iklan jangan skip kecuali memang mengarut. Hehehe. Ada rezeki ke Bangkok kita.
Anjang di Masjid Kamalul Islam, Bangkok dengan Almarhum Tuan Muhammad Adam dan Dr Hisham At Tamimi

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *