GISBH di Afghanistan
GISBH di Afghanistan
1. Sejak di Haramain YDH Tuan Nasiruddin Mohd Ali telah berulang kali menyebut untuk masuk ke Afghanistan.
2. Ada peluang bertemu dengan orang yang tahu tentang keadaan di Afghanistan, Tuan Nasir akan bertanya berbagai-bagai soalan.
3. Biasanya, di hujung perbualan, Tuan Nasir akan bertanya, macam mana kami nak masuk Afghanistan.
4. Antara orang yang kami temui ialah bapa saudara Muhammad Sobur, Abu Talhah. Dia berasal dari Uzbekistan tapi berhijrah ke Afghanistan di era Soviet. Banyak maklumat yang kami dapat mengenai Afghanistan daripadanya.
5. Tetapi bila ditanya, boleh ke kami nak masuk Afghanistan? Responnya, boleh tapi dengan saya dan bukan sekarang. Sekarang musim sejuk. Kehidupan sangat susah di sana.
6. Jadi, macam dah tak ada jalan nak ke Afghanistan sedangkan seperti ada perasaan yang kuat pada hati Tuan Nasir untuk melihat keadaan umat Islam di sana.
7. Akhirnya Allah izinkan juga wakil GISBH ke Afghanistan melalui apa yang dipanggil sebagai ‘Rakan Strategik’ dengan ‘Kementerian Luar Negeri’ bersama beberapa NGO memberi bantuan kemanusian di sana.
8. Moga pemergian dua orang wakil GISBH, Tuan Hasnan Abd Hamid dan Tuan Ahmad Anuar Abd Rahman menjadi titik tolak permulaan GISBH bergelanggang di negara yang sangat berkat tetapi sentiasa bergolak itu.
Depan kilang mi Ikhwan Kuala Selangor
7.32pm, Feb 27, 2022