AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Pagi Ramadhan di BCH, motorbikes, Taman Haiwan, Kuda & jumpa En Helmi

Kongsikan kepada yang lain
Share

Pagi tadi meeting dengan Tuan Mokhtar, Tuan Shukri dan Tuan Azri. Usai meeting tengok Abg Zali dengan mini bas Ikhwan. Pastu tengok motor2 RPU Bikers dan Taman Burung dan Arnab. Pastu tengok kuda2. Kali ni baru puas hati sebab ada RPU dan En Hafiz Azman, dapat la tau nama-nama kuda, umur dia dll info.
Nak balik rumah, tiba-tiba muncul En Helmi di alam nyata. Selalu jumpa di ruang komen Channel AM atau ketika live. Kali ni jumpa betul. En Helmi agak sebak sebab akhirnya dapat bertemu. Allah Maha Mendengar doanya. Moga Allah sihatkan beliau. Allah buka pintu rezeki. Siapa la lagi penonton AM Channel yg akan terjumpa?! والله أعلم

En Helmi ni sentiasa follow video AM. Dia nak sangat ikut kisah perjalanan Tuan Nasir. En Helmi cerita kat anjang tadi dalam keadaan sebak. Kata dia, ketika dia sakit sebelum ni, Tuan Nasir datang rasanya dalam mimpi, minta dia sabar. Cuma anjang dah kurang travel sekarang, moga dapat terus menulis tentang Tuan Nasir sebab rupanya ada yang mendapat kekuatan dari cerita itu.

En Helmi diuji sakit apendik tetapi dr tersilap bedah hingga menyebabkan kawasan itu bernanah dan terpaksa dibedah berulang kali hingga dia terpaksa pakai tiub air kencing sebelum ini. Sekarang nak buat kerja berat pun dah tak boleh. Moga Allah bantu beliau…

BCH

12.46pm, Apr 25, 2022

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *