Buka Puasa 6 di Ikhwan Delight Sg Penchala
Salam ceria.
Apa khabar semua? Moga sihat semuanya khasnya dah masuk Syawal ni, rumah terbuka banyak, awal Raya pun makan macam-macam. Ketupat, lemang, rendang, kuah kacang, pelbagai kuih muih. Habis pantang dilanggar dengan alasan raya, setahun sekali. Kesian perut yang dah rehat sebulan, terus bekerja keras menghadamkan makanan yang banyak tu.
Ada hadis Nabi yang lebih kurang maknanya, sesiapa yang berpuasa sebulan Ramadhan dan diikuti 6 hari di bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa setahun penuh. Sebab itu ramai umat Islam yang faham, berusaha menunaikan puasa 6 hari ini walaupun agak teruji sebab sedang sibuk beraya.
Walaupun secara ilmunya, kita tahu, kita tak layak berhari raya kerana Hari Raya itu hanya untuk orang bertakwa. Ada ulama yang mengatakan, Hari Raya itu apabila seseorang tidak terlibat dengan dosa pada hari itu, itulah Hari Raya padanya. Aduuuh susahnya nak mencapai target. Ada ke hari yang kita tak buat dosa? Dengan ayat yang lain, ada ke hari yang kita sembahyang khusyukkkkk, hari yang kita sabaaaarrr, kita syukuuuurrr, kita redhaaaaa, kita takuuuttt Allah sepanjang hari. Mana ada! So confirm kita memang tak layak beraya tapiii…
Ada tapi tu… Dah orang buat rumah terbuka, kita pergi la. Lagipun mereka jemput kita. Kenala tunjuk muka. Dah tunjuk muka, takkan tak jamah nasi impit kuah kacang, lomang dan rondang… Begitulah seterusnya hingga Puasa 6 tak habis-habis.
Dulu, ada orang yang dah 27 Syawal, kita tanya “puasa 6 ada berapa hari lagi?” dia jawab; “Ada 4 hari lagi!” Bila nak cukupnya? SYAWAL nak habis. So, jangan la tangguh-tangguh sangat. Kena mula segera.
Alhamdulillah, anjang baru selesai Puasa 6. Dah raya dah. Raya nasi lemak je. Hari yg ke 5 baru-baru ni, anjang buka Puasa kat ID SP (Ikhwan Delight Sg Penchala. Ajak En Putra dan En Amir. Hajat nak belanja dia orang tapi duit anjang tak laku pula.
Pegi awal sikit, bawak Asif tunjukkan sekolah lama Abi. Yayasan Al Arqam Sg Penchala. Abi belajar persiapan untuk ke luar negeri. Ketika itu tahun 1989. Beberapa bulan di situ. Anjang tunjukkan satu-satu pada Asif, mana rumah Abuya, mana rumah tetamu yang Abg Zahari jaga, mana kawasan Muslimah, mana tapak surau, kolah wudhu’, pejabat-pejabat, OVA, Luar Negeri, gerai malam Fardhu Ain, Kantin Abg Aziz dll.
Dalam masa yang sama, tengok-tengok projek-projek GISBH sekarang seperti Ikhwan Mart, Bakeri, Bundle, Galeri, Ekhwan Catering, ternakan puyuh, Kilang Tauhu, Kilang Roti… pastu baru pergi ke Ikhwan Delight Sg Penchala.
Ikhwan Delight SP ni cantik tuan-tuan. Masakan dia pun sedap-sedap. Sapa yang belum pergi tu elokla pergi. Jangan mudah percaya cakap Anjang ni. Situ ada surau, ada dewan untuk majlis kahwin atau bertunang yang sederhana besar. Tapi yang paling best dia cantik, kemas, bersih… cuba layan video anjang ni.
Anjang makan nasi Palov@Nasi Bokhari, Mi Bandung, Ubi Rebus cicah sambal tumis, lempeng dengan sambal tumis, roti garlic & sup mushroom dan teh C. Anjang makan sikit-sikit je. Puasa, makan buah yang dia orang hidang dengan lempeng pun dah kenyang. Lepas Maghrib baru makan berat.
Alhamdulillah rezeki jangan ditolak ke lain, tolak dalam mulut tak pe. Moga Allah jadikan kita hamba-hamba-Nya yang bersyukur. Selesai makan kami balik ke Kota Damansara. Dekat je, tak jauh mana.
Ok, jumpa lagi.
Bilik 1, Ikhwan Inn PPI KD
5.35 pm, Mei 21, 2022