AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Thailand – Tandas awamnya terbaik

Kongsikan kepada yang lain
Share
Tandas di stesyen minyak

Thailand – Tandas awamnya terbaik

Salam ceria.
Alhamdulillah setelah lama anjang tak travel, kali ni berpeluang travel di negara jiran, Thailand. Mula-mula di selatan Thai, Songkhla, Pattani dan Narathiwat. Pastu travel sampai ke Bangkok atau nama rasminya sekarang Krung Thep Maha Maha Nakhon.

Semuanya atas urusan syarikat GISBH yang mula mengorak langkah lebih agresif di sini dalam memicu perniagaan bagi mengeratkan hubungan Malaysia-Thailand insyaAllah.

Sepanjang perjalanan darat dari selatan ke Krung Thep atau dari ibu kota, Krung Thep ke selatan kita tak akan berjumpa R & R seperti di Malaysia.

Lebih-lebih lagi bagi yang tidak sihat, pengidap kencing manis umpamanya. Berumur pula. Sudah tentu agak kerap ingin ke tandas sepanjang perjalanan.

Tandas awam di Petrol Pump

Apa yang anjang lihat, bila ingin ke bilik air kami akan singgah ke petrol pump yang besar. Selalunya stesyen minyak besar dilengkapi dengan banyak premis perniagaan. Antaranya kedai 7 Eleven, Kafe Amazon dll. Yang anjang singgah semuanya ada restoran Muslim dan surau, yang pastinya ada tandas awam.

Selalunya tandas awam di petrol pump berkembar, tandas lelaki dan wanita dalam satu bangunan. Di bahagian hadapan terdapat satu tandas untuk orang cacat dan satu bilik khas untuk wanita menukar lampin anak.

Tandas lelaki pula terdapat 3 ruang. Bahagian singki di luar tandas. Biasanya disediakan 6 buah singki atau 4 buah. Bahagian khas untuk mereka yang kencing berdiri. Dan ruang tandas terdiri dari 3 buah tandas sederet berhadapan dengan 3 buah lagi.

Biasanya dalam 6 buah tandas ini terdapat sebuah atau dua tandas duduk dan bakinya tandas cangkung. Tandas cangkungnya tidak seperti di Malaysia kerana ia dibina agak tinggi dari lantai mengikut saiz mangkuk tandas. Agak pelik sikit. Selalunya ada kolah air kecil di sebelahnya untuk bercebuk dan gayung kecil. Bila remaja tanya, anjang kata, jangan fikir macam-macam, kira air tu mutlak je. Jangan andai-andaikan.

Tandas-tandas di sini biasanya bersih dan diselenggara dengan baik. Pintunya ada selak yang baik. Biasanya dari stainless steel dan daun pintu yang bersih tidak ada bocor-bocor, ditampal dengan tisu atau selak yang berkarat. Pintunya tidak ada conteng-conteng tulisan iklan ubat kuat atau perkhidmatan tak senonoh atau bertampal-tampal pelbagai stiker. Yang ada hanya panduan penggunaan tandas atau 1 iklan yang selaras.

selak pintu tandas daripada stainless steel. Paduuu

Di tandas juga terdapat longkang kecil untuk mengalirkan air ketika mencuci tandas. Longkang kecil ini juga dibuat dari stainless steel untuk mudah di cuci. Jarang atau hampir tiada sama sekali puntung-puntung rokok atau tisu-tisu bersepah-sepah.

Tepi selak ada rak kecil boleh letak kunci kereta, wallet atau hp. Supaya tak jatuh ke lantai lagi-lagi jatuh dalam mangkuk tandas. Tak akan tertinggal sbb letak betul-betul tepi selak nak keluar. Cerdik-cerdik….

Keliling tandas ditanam pokok pagar menghijau dan pokok-pokok bunga seperti bunga jarum merah.

Daun pintu bersih, tak ada stiker perkhidmatan tak senonoh, stiker ubat kuat atau no untuk dihubungi atau kata-kata lucah. Cuma ada panduan penggunaan tandas.

Islam mementingkan kebersihan. Islam mengajar kita memberi khidmat terbaik khasnya bagi para musafir. Dalam Islam memuliakan tetamu itu wajib. Oleh kerana itu dahulu tiada hotel. Semua tetamu dilayan seperti saudara tanpa ditanya, apa urusan mereka. Disediakan makan, minum, tempat tidur dan sudah tentu tandas dan bilik air. Mereka boleh duduk percuma selama 3 hari.

Longkang kecil daripada stainless steel ini mudah dicuci dan tidak berkarat, mudah dijaga.


Bila para musafir semakin ramai, pihak pemerintah mula menyusun rumah-rumah para musafir yang dipanggil ‘musafir khana’ umpama ‘dorm’ dengan bilik air berkongsi. Bila zaman berganti zaman, ia berubah kepada kormesial dengan didirikan rumah-rumah tumpangan berbayar atau hotel.

Tandas duduknya siap dengan paip, bakul sampah bertutup pemegang steel untuk mudah berpaut ketika ingin bangun atau hendak duduk…

Bagi anjang, tandas-tandas yang cantik, bersih dan terurus ini sangat membantu para musafir yang kepenatan melepaskan hajat masing-masing. Ia sangat sesuai dengan ajaran Islam yang menganjurkan kebersihan dan saling berkhidmat.

Tandas cangkung
Terdapat kolah kecil dan gayung di tepi mangkuk tandas.


Yang peliknya di sebahagian negara timur tengah dan utara Afrika yang beragama Islam, ia tidak berlaku, sedangkan ada hadis yang mengatakan;
النظافة من الإيمان
Kebersihan itu sebahagian daripada iman

Apa yang ada selalunya, tandas yang kotor dan tidak terurus. Najis tak dipam. Tisu yang bernajis bersepah-sepah. Bau hancing dan busuk najis menyucuk hidung. Kesan lantai dan dinding yang berkerak kerana lama tidak dicuci. Bila kita singgah untuk buang air, kita rasa terpaksa dan menderita menggunakannya malah kadang-kadang terbantut niat untuk qadha hajat bila melihat keadaan tandasnya.

Moga Allah beri hidayah kepada umat Islam agar membaiki amalan agamanya dan kehidupan hariannya. Moga Allah beri hidayah kepada bukan Islam untuk menerima agama Allah ini dan mengamalkannya demi keselamatan hidup dunia dan akhirat. Islam tak lemah tapi umat Islam yang lemah iman dan amalan. Bukan Islam bukan kuat tetapi umat Islam yang sangat lemah.

Hampir ke bandar Satun
3.10 pm, Okt 2, 2022

Gambar kenangan dari bilik hotel Crowne Plaza Phuket Panwa Beach, Phuket, Thailand
  • https://www anjangmuor com/2022/10/03/thailand-tandas-awamnya-terbaik/ (12)

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *