AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Kenalan rapat di Turki diraikan oleh Chairman GISBH

Kongsikan kepada yang lain
Share

Kenalan rapat di Turki diraikan oleh Chairman GISBH

Salam ceria.
Apa khabar semua?
Dalam kesibukan menguruskan perniagaan dan membuat hubungan di seluruh dunia khasnya di Eropah, Tuan Nasir tidak lupa menghargai kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh para kenalan rapat GISBH di Turkiye selama ini.

Tuan Nasir raikan mereka dalam satu majlis makan malam di Restoran Nur Muhammad di alamat Alemdar, Prof. Kazım İsmail Gurkan Cd. No:6, 34110 Fatih/İstanbul, Turkiye kira-kira 5 minit perjalanan dari Masjid Hagia Sophia dan berhampiran bangunan bersejarah Basilica Cistern.

Alhamdulillah jemputan hadir bersama keluarga masing-masing kerana semua mereka sudah terlalu rapat dan dianggap bagai keluarga sendiri oleh Tuan Nasir.

Antara tetamu yang hadir pada majlis itu termasuklah En Taifur, En Ufuk Bey, En Ehsan Bey, Tuan Halil, Tuan Rejab dan

En Taifur adalah anak angkat kepada Syeikh Mustafa Mubarak seorang tokoh sufi berpengaruh di Turki, yang juga sahabat baik Tuan Chairman dan GISBH. Syeikh Mustafalah yang hadiahkan 4 helai janggut Rasulullah kepada Tuan Nasir. Syeikh Mustafa pernah berkata, kalau boleh dia nak jadi semut menumpang di poket Tuan Nasir dan ikut travel pusing dunia.

En Ufuk Bey yang mempunyai syarikat sewa menyewa kenderaan banyak membantu GISBH Turkiye di sudut penyediaan kenderaan atau pengangkutan. GISBH membeli dan menyewa kenderaan banyak melalui beliau. Ufuk ni masih remaja dan dah melawat Malaysia serta terlibat dengan program-program GISBH di Bosnia, Turkiye dan Malaysia seperti expo halal.

En Ehsan Bey, seorang peniaga cincin di deretan kedai-kedai untuk pelancong tidak jauh dari Masjid Saiyidina Abu Ayob Al-Ansori pula banyak membantu GISBH dalam urusan berkaitan perundangan perniagaan dan imigresen. Ehsan seperti Ufuk malah lebih rapat sebab tinggal di Istanbul Eropah, tak jauh dari GISBH. Ufuk di Istanbul Asia yang agak jauh.

Tuan Halil yang pernah bertemu pengasas GISBH Almarhum Ustaz Ashaari Muhammad pula merupakan individu yang rapat dengan Presiden Turki Mr Recep Tayyip Erdogen dan juga anak angkat kepada Syeikh Mustafa Mubarak. Mr Halil ni sangat menghormati Ustaz Ashaari. Walaupun terlibat dengan unit keselamatan istana tetapi hidupnya bermursyid.

Tuan Rejab pula adalah pemilik bangunan Restoran Nur Muhammad yang GISBH sewa dan juga seorang wartawan kepada salah sebuah stesen TV di Turkiye. Beliau mempunyai restoran sendiri yang menghidangkan makanan dengan resepi kesultanan Uthmaniah.

Anjang pernah menikmati makanan tersebut dan diberi peluang melihat buku-buku resepi makanan istana kesultanan Uthmaniah.

Kenduri kali ini, para tetamu menikmati hidangan nasi biryani dengan daging masak kurma, daging rusuk panggang, ikan masak stim, ikan masak 3 rasa, ayam panggang, manisan Turkiye dan bubur pulut hitam.

Selepas sesi jamuan para tetamu menerima cenderahati barangan produk GISBH dan gambar berbingkai kenangan mereka bersama GISBH dari Tuan Nasir sendiri.

Para tetamu sangat gembira dan berbual mesra dengan Tuan Nasir. Sudah tentu banyak pengalaman lama yang diperbualkankan memandangkan persahabatan ini ada yang telah melebihi 7 tahun.

Mana tak terharu, mereka tahu Tuan Nasir sibuk lagi-lagi nak ke negara Scandinavia tapi masih sempat melayan dan meraikan mereka dan family.

Anjang rasa, mengikut Tuan Nasir, di Turkiye ada rahsia kekuatan Islam kerana terdapat keberkatan para pejuang dahulu tetapi sudah tentu orang dari Malaysia yang kena gerakkan kerana Turkiye telah lama menjadi sasaran musuh Islam.

Di sini terdapat Makam Sahabat Rasulullah, Saiyidina Abu Ayub Al-Ansori dan beberapa orang sahabat lagi. Ada Makam Nabi Yusya’, Makam Sultan Muhammad Al-Fatih, Makam Syeikh Tele-Baba, Syeikh Shamsuddin Al-Wali dan banyak lagi.

Moga anjang berpeluang menziarahi Turkiye lagi, menghirup keberkatan bumi empayar Islam terakhir ….

Pool Villa, Pattani.
5.18pm, Jan 27, 2023

sila leret skrin untuk melihat gambar

  • https://www anjangmuor com/2023/01/27/kenalan-rapat-di-turki-diraikan-oleh-chairman-gisbh/ (1)

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *