Pakar Qiraat 10 bersanad kunjungi GISBH Pusat
Baru-baru ni anjang berpeluang iringi Tuan Abil dan Tuan Jo menyambut seorang ulama dari Yaman yang datang ke GISBH Rawang. Nama dia, Syeikh Muhammad Umar Al-Khatib, seorang ulama yang mempunyai sanad 10 qiraat Al-Quran dari Tarim, Yaman. Muda lagi orangnya. Tawadhu’, sopan, mesra. Tak mau dipanggil Syeikh. Panggil nama je katanya.
Beliau yang diiringi Ustaz Ahmad Shahdan, Ketua Alumni Pelajar-pelajar Malaysia lepasan Yaman dan Ustaz Mahyuddin melawat GISBH BCH setelah bertemu Tuan Hasnan dan wakil GISBH di sambutan Maulidur Rasul dan Haul Masayikh Al-Jenderami di Kompleks Yayasan Al-Jenderami di Dengil 21 hb yang lalu.
Masa tu ramai ulama yang datang tapi tak semua anjang kenal. VIP tu ada Tun Ali Rustam dan Tan Sri Syed Hamid Albar. Ada Habib Ali Zaenal Abidin dll.
Masa sampai di BCH, hujan turun. Betul-betul hujan rahmat. Kami bawa Syeikh Umar ke Panggung Ikhwan menonton video profail GISBH dan beberapa filem pendek keluaran Unit Media Ikhwan di Panggung Ikhwan.
Tengok video pun Syeikh Umar dah teruja. Dia tak penah tengok satu masyarakat yang hidup begini. Dia tak nampak dah bisnesnya tapi kehidupan atau cara hidup itu dia lebih tertarik.
Rombongan juga dibawa melawat ke beberapa premis perniagaan seperti Galeri RPU Bikers, Ikhwan Bakery, Ikhwan Chocolate, Ais Krim Ikhwan, Poliklinik Ikhwan, Pusat Pergigian Ikhwan, SPA Ikhwan, Rawatan Alternatif Ikhwan dan Ikhwan Coffee House.
Bila diceritakan semua premis ini direnovate dan design dalamannya dibuat oleh remaja, Syeikh Umar sangat teruja.
Anjang cerita pada dia, Tuan Nasir mendidik remaja untuk menguasai 10 kemahiran. Mungkin dia boleh jadi imam, memasak, bernasyid, jadi pengerusi, membuat pengurusan, menjaga akaun, berniaga dll. Syeikh kata, ini yang kami tiada, kami belajar je hingga ramai yang tak ada kemahiran hidup. Akhirnya alim pelbagai jenis ilmu tetapi terpaksa jadi kuli sahaja pada orang.
Syeikh Umar dan rombongan juga dibawa melawat bilik khazanah barang-barang peninggalan Rasulullah SAW di mana terdapat cebisan serban baginda, janggut, rambut dll juga replika mangkuk baginda yang bersanad, hadiah daripada pemilik dan pengasas Muzium Darul Madinah, Dr. Abdul Aziz Ka’ki kepada Tuan Nasiruddin.
Selain daripada janggut dan rambut dan lain-lain peninggalan Nabi Muhammad yang mulia, di sini juga terdapat replika rumah baginda SAW yang juga merupakan hadiah daripada Dr. Abdul Aziz kepada Tuan Hj. Nasir
Syeikh Umar memperbanyakkan doa di setiap khazanah berkat Rasulullah tersebut dan berhajat untuk bertemu dengan Tuan Nasiruddin apabila diceritakan kenyataan Dr. Abdul Aziz Ka’ki terhadap Tuan Nasiruddin ketika berkunjung ke rumahnya di Madinah.
Anjang ingat lagi, masa tu Syawal. Baru beraya di Wadi Berkat Dato’ Ibu Hudaibiyah. Kami ke Madinah. Selepas ziarah Rasulullah, kami dapat jemputan ke rumah Dr Aziz Ka’ki.
Selepas menghadiahkan Tuan Nasir replika mangkuk Rasulullah, Dr Aziz tanya Tuan Nasir;
“Syeikh Nasir dah pergi banyak negara di dunia, apa beza di semua tempat tu dengan datang ke Madinah?”
Anjang dah mula mereka-reka jawapan di otak ni, tapi semuanya meleset.
Tuan Nasir jawab, “Saya ke semua tempat itu untuk mencari orang yang di hatinya ada rindukan Rasulullah dan membawa mereka ke Madinah.” Spontan Dr Aziz Ka’ki jawab sambil tersenyum, “Inilah bukti Rasulullah cintakan Syeikh Nasir.
Dengan sebab cerita ini, Syeikh Umar nak sangat bertemu wajah dengan Tuan Nasir.
Beliau menyatakan apa yang berjaya dibangunkan di PPIBCH adalah kerana bantuan Allah SWT hasil sentiasa terhubung hati di antara pemimpin dengan pengikut.
Menurutnya, pembangunan masyarakat Islam secara sistematik begini tidak terdapat di negaranya walau 50 peratus daripada ini malah 15 peratus pun tiada.
Beliau ingin membawa para Masayikh dari Yaman khususnya Habib Umar bin Hafiz dari Tarim untuk melawat PPIBCH dan mempelawa YBhg Tuan Hj. Nasiruddin Mohd Ali untuk berkunjung ke Yaman dan bersedia menyambut PE di sana.
Bukan mudah nak meyakinkan seseorang tentang sesuatu kaedah yang kita bangunkan. Terutama bila sistem kita berbeza dari sistem orang lain. Sebenarnya nak memotong sistem orang, umpama kita berada dalam gerabak keretapi. Kalau kita menggunakan rel yang sama, sampai bila pun tak boleh potong. Kalau nak potong juga, akan tergelincir.
Maksudnya kita kena buat rel lain. Baru boleh potong. Kalau dia tak jaga sembahyang, kita pun sama. Dia makan riba, kita pun sapu juga. Dia mengata memfitnah, kita pun 2×5, sampai bila pun kita tak boleh menang.
Ok. Jumpa lagi.
Pattani, Thailand
3.57pm
27.10.2023
P/s Anjang terlewat bayaran tahunan server Blog AM dan Domain (RM870) siapa nak bantu, boleh gunakan no akaun di bawah: MBB 151249053275
- https://www anjangmuor com/2023/10/27/pakar-qiraat-10-bersanad-kunjungi-gisbh-pusat/ (1)