AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

TAUBAT

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam.
Bertaubat itu perintah Tuhan. Firman Allah dalam surah At Tahrim, ayat 66:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan “Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai… “

Bertaubat itu kena menyesal, berhenti serta merta dari maksiat yang dilakukan, berazam untuk tidak melakukannya kembali, mengembalikan hak, meminta maaf kalau berkait dengan hak manusia, qadha kalau ada kewajipan dari Allah yang ditinggalkan.

Bertaubat mengembalikan kebersihan maknawi dan rohani jasad daripada najis maknawi dan rohani yg tidak dapat dilihat seperti ego, riyak, ujub, sumaah, hasad, sangka buruk dll.


Semua ini najis yang tidak nampak dipandang oleh mata lahir tapi bahaya. Dengan bertaubat ia kembali bersih, Tuhan kasih! Kalau kotor lagi, bersihkan lagi dengan bertaubat.

AM
Otw JB pgrm Halal On Track
7:57 pm, 3 Jun 2024

https://sites.google.com/view/anjang-muor-online-shop/home

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *