AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Datuk Chairman berbincang dengan Senator Thailand

Kongsikan kepada yang lain
Share

Datuk Chairman GISBH petang tadi bertemu dengan Senator Thailand, Tuan Yusof atau nama Thainya Suria. Beliau adalah bekas Ketua Polis Satun. Dari seramai 200 Senator di Parlimen Thailand, terdapat 10 orang Senator Muslim dan beliau salah seorang daripadanya. Senator di Thailand tidak boleh menjadi menteri. Malah senator menjadi chek and balance kuasa yang ada pada wakil-wakil rakyat hatta menteri. Jika ada di antara mereka yang melanggar undang2, senator boleh pecat. Senator dilantik memegang jawatan selama 5 tahun.

Datuk Chairman bertanya banyak soalan kepadanya dan dia menjawab dengan tenang dan ceria. Anjang ada la tanya sikit2. Dia minta Datuk Chairman panduan2 untuk jalankan tugasnya kerana dia kena cari team sendiri untuk jalankan tugas. Di Satun dia latih Najib membantunya kerana Najib sendiri ada rangkaian kenalannya.

Datuk Chairman tawarkan dia bantuan tenaga dari Malaysia jika ingin adakan apa-apa program dan bawa orang-orang Thai melawat Malaysia. DC juga minta beliau rapat dengan Chula dan YDP Majlis Agama setiap wilayah untuk bekerjasama membangunkan umat Islam.

Sayangnya Anjang tak boleh cakap Thai. Kalau tak boleh juga sembang2 mesra. Dia usia 66 tahun dia begitu bersungguh2 ingin berbakti untuk rakyat negaranya.

Perbualan santai petang tadi lebih menarik bila dibuat di kafe Najib yg di buat di satu tempat dengan bas-bas lama yang telah di ubah suai jadi kafe. Siap aircond. Kaki atau tapak meja dari mesin jahit kaki. Legend. Tapi kami minum2 di bawah je. RPUM siapkan jemput2 cempedak, roti canai, keledek goreng… paling rare ada biji cempedak rebus cicah kelapa parut + gula + garam resepi DC… Perghhh

AM, Satun
11.12 pm, 5 Sept 2024

https://www.facebook.com/share/Kgyo7G4FovfzhTXE/?mibextid=QwDbR1

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *