AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Akan ada libat urus dengan GISB – Mohd Na’im

Kongsikan kepada yang lain
Share

Bangi: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengesahkan akan ada libat urus dengan wakil syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB).

Difahamkan ia ekoran pelbagai dakwaan terpalit dengan syarikat yang didakwa ada kaitan dengan ajaran sesat al-Arqam dan Rufaqa, antaranya mengeksploitasi agama dan kanak-kanak untuk meminta derma serta menjalankan perniagaan.

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut, Mohd Na’im enggan berbuat demikian.

“Yang itu (dakwaan terpalit GISB) saya enggan untuk komen (lanjut). 

“Sebab itu tunggu ada libat urus,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan tajaan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.

Dalam majlis itu, Mohd Na’im berkata untuk tahun ini, seramai 82 pelajar akan menerima SPH yang terdiri daripada seorang pelajar di peringkat Sarjana dan 60 orang lagi pelajar di peringkat Sarjana Muda Universiti Awam (UA) dalam negara.

Katanya, tajaan sama turut diberikan kepada seramai 19 pelajar peringkat Sarajana Muda UA luar negara serta dua penerima Anugerah Perdana Menteri Darul Quran sempena Majlis Istiadat Konvokesyen Darul Quran 2023.

“Suka saya umumkan bahawa untuk tahun ini, JPM (Hal Ehwal Agama) bersetuju meneruskan program SPH dengan peruntukan sebanyak RM1,547,390.

“Alhamdulillah, mengikut rekod, sejak tahun pertama pelaksanaan SPH iaitu pada 2012, keseluruhan penerima SPH adalah seramai 1,406 pelajar,” katanya.

Disiarkan pada: September 6, 2024 @ 12:44pm

Kredit: hmetro.com.my

AM: Moga Allah yang Maha Baik selesaikan perkara ini dengan baik… Aamiin

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *