AnjangMuor's Travelog

Sila maklumkan penulis jika ada post di dalam blog ini yang bercanggah dengan fatwa untuk disunting…

Uncategorized

Menteri enggan komen isu dakwaan seleweng, ada libat urus dengan GISB

Kongsikan kepada yang lain
Share

BANGI – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengesahkan akan ada libat urus dengan wakil syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB).

Mohd Na’im bagaimanapun enggan memperincikan libat urus yang akan diadakan bersama syarikat berkenaan.

“Yang itu (dakwaan terpalit GISB) saya enggan untuk komen (lanjut).  Sebab itu tunggu ada libat urus,” katanya menjawab pertanyaan media mengenai dakwaan terhadap GISB sebelum ini. 

Mohd Na’im berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan tajaan Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) hari ini.

Libat urus berkenaan difahamkan ekoran pelbagai dakwan terpalit dengan syarikat yang didakwa ada kaitan dengan ajaran sesat al-Arqam dan Rufaqa, antaranya mengeksploitasi agama dan kanak-kanak untuk meminta derma. 

Sebelum ini, GISB menuntut permohonan maaf daripada tiga penama yang disenaraikan menerusi notis tuntutan pada 23 dan 26 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Pengarah Pentadbiran GISB, Mokhtar Tajuddin berkata, antara individu terbabit ialah Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Muhd. Adnan dan Ustaz Daud Lin Abdullah. 

Katanya, mereka didakwa telah menimbulkan fitnah, tohmahan dan kebencian terhadap GISB menerusi media sosial.

Sebelum itu, GISB turut menghantar satu notis tuntutan  berhubung dakwaan, tuduhan dan kenyataan fitnah oleh Mohd Asri terhadap syarikat tersebut. 

Mufti Perlis itu diberikan tempoh tujuh hari untuk mengemukakan permohonan maaf demi membersihkan nama GISBH daripada segala tuduhan jahat dan tidak bertanggungjawab berdasarkan kajian yang tidak berasas. – MalaysiaGazette

AM: Moga Allah yang Maha Baik menyelesaikan isu ini dengan baik.

anjang

Mengembara bersama GISBH di atas bumi Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *